Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Jun ini


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme C11 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 30 Jun ini dan Malaysi terpilih sebagaj pasaran global pertama untuk menerima model ini.

realme C11 telah disahkan akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G35 selain kapasiti bateri yang besar iaitu sekitar 5,000mAh.

Selain itu, realme sebelum ini juga telah mendedahkan reka bentuk panel belakang yang mempunyai corak seperti sunrise design pada realme C3.

Memandangkan realme C3 telah hadir di Malaysia pada harga dari RM 499, kita mungkin menyaksikan realme C11 ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Majlis pelancaran realme C11 di Malaysia akan berlangsung didalam masa 7 hari sahaja lagi iaitu pada 30 Jun dan anda boleh menonton siaran langsung majlis pelancaran ini di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.