Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 14 diumumkan secara rasmi dengan Home Screen Widget,Picture-in-Picture & banyak lagi


Apple secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu Apple iOS 14 yang hadir dengan beberapa ciri baru namun masih belum ada perubahan drastik dari segi reka bentuk UI.

Pada sidang WWDC 2020 awal pagi tadi, Apple telah memberikan kita penjelasan penuh mengenai ciri-ciri baru Apple iOS 14 yang akan mula ditawarkan kepada pengguna kira-kira seminggu selepas pelancaran generasi iPhone yang baru.

Apple App Library – ini merupakan jawapan Apple kepada app drawer didalam ekosistem Android yang mana ciri ini mengumpulkan aplikasi mengikut kategori dan anda tidak perlu membuka folder tersebut untuk membuka aplikasi ini.

Widget – Apple sebelum ini menghadkan pengunaan widget pada halaman khas sahaja namun iOS 14 membawakan anda kebolehan untuk menggunakan Widget pada mana-mana halaman home screen didalam saiz yang lebih kecil.

Picture-in-Picture (PiP) – mod ini kini terbina didalam Apple iOS 14 yang membolehkan fungsi ini ditawarkan pada video dan panggilan FaceTime. Ini juga bermaksud anda boleh memainkan video dari sesuatu aplikasi didalam ruang yang kecil walaupun telah kembali ke ‘home’.

SIRI – siapa tak kenal bantuan suara daripada Apple ini dan iOS 14 akan membawakan SIRI didalam reka bentuk yang lebih kompak tanpa memenuhi skrin dan SIRI kini membawakan fungsi penterjemahan seperti Google Translate dengan sokongan bagi 11 bahasa setakat ini.

Apple Maps – aplikasi peta terbina Apple ini juga diberikan rawatan penambahbaikan yang mana ianya akan membawakan haluan basikal, ketinggian bukit pada laluan dan banyak lagi. Apple Maps juga membawakan anda fungsi yang lebih mesra kereta Elektrik seperti kiosk pengecasan dan banyak lagi.

CarPlay – Apple CarPlay juga akan hadir dengan sokongan mod kereta elektrik dan fungsi kunci kereta digital membolehkan anda membuka dan menghidupkan kereta anda dengan iPhone melalui NFC.

App Clips – App Store kini menerima fungsi App Clips yang sama seperti Android Slices yang membolehkan anda menggunakan aplikasi ini tanp perlu memuatturun sepenuhnya dan ianya boleh juga digunakan bersama Apple Pay dan Sign in with Apple.

Selain daripada ciri-ciri di atas, iOS 14 juga akan membawakan pengguna pelbagai penambahbaikan pada fungsi seperti Find My, Health, Safari, Weather, AirPods dan banyak lagi.

Apple iOS 14 versi beta akan mula ditawarkan kepada pengguna mulai bulan hadapan di beta.apple.com

Apple iOS 14 akan ditawarkan kepada pengguna lewat tahun ini kepada semua pemilik Apple iPhone 6s dan terbaru.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.