Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A51 disahkan sebagai telefon pintar Android No.1 Dunia pada Suku Pertama 2020


Berdasarkan laporan terbaru daripada Strategy Analytics, Samsung Galaxy A51 telah dinobatkan sebagai telefon pintar Android dengan prestasi jualan terbaik di dunia bagi suku pertama 2020.

Samsung Galaxy A51 mempunyai populariti yang tinggi di semua pasaran , terutamanya di Eropah dan Asia, laporan Strategy Analytics ini juga menyatakan sebanyak 6 juta unit telah berjaya dijual di peringkat global yang bermaksud telefon pintar ini menguasai pasaran telefon pintar dengan 2.3 peratus bagi suku pertama 2020.

Selain itu, Samsung Galaxy A10s turut telah berada di kedudukan keempat dengan pegangan pasaran 1.6 peratus, diikuti Samsung Galaxy A20s berada di tangga keenam dengan pegangan pasaran 1.4 peratus pada suku pertama 2020.

Galaxy A series membawa inovasi kepada keperluan pengguna melalui tiga faktor penting iaitu Kamera, Skrin dan Bateri pada harga yang amat berpatutan.

Samsung Galaxy A51 kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 1,399 namun sehingga 30 Jun 2020, anda juga boleh mendapatkan rebat khas RM 100 di cawangan yang terpilih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.