Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia lancarkan TV pintar 4K LED 43-inci serba lengkap pada harga mampu milik

Nokia lancarkan TV pintar 4K LED 43-inci serba lengkap pada harga mampu milik 9Nokia secara rasminya telah memperkenalkan televisyen pintar 4K LED bersaiz 43-inci di India.

Nokia 43″ 4K Smart TV hadir dengan panel skrin LED yang mempunyai kecerahan maksima 300 nits manakala sudut pandangan adalah 178° dan ianya juga dikelilingi oleh sisi bezel skrin yang sangat nipis, panel 4K ini juga menawarkan sokongan Dolby Visio, HDR10 dan MEMC.

Nokia lancarkan TV pintar 4K LED 43-inci serba lengkap pada harga mampu milik 10

Dari segi dalaman, Nokia 43″ 4K Smart TV ini juga menampilkan pemproses quad-core CA53 berkelajuan 1.0GHz, 2.25GB RAM, 16GB storan dalaman dan OS Android Pie.

Dari segi audio, Nokia 43″ 4K Smart TV disertakan dengan pembesar suara 24W dengan talaan bunyi dari JBL selain sokongan Dolby Audio dan DTS TruSurround untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Nokia lancarkan TV pintar 4K LED 43-inci serba lengkap pada harga mampu milik 11

Dengan sistem operasi Android, ianya adalah Android TV yang membolehkan anda memuat turun aplikasi dan permainan terus dari Google Play Store dengan sokongan penstriman YouTube dan Netflix dan terdapat butang khas pada alat kawalan.

Nokia lancarkan TV pintar 4K LED 43-inci serba lengkap pada harga mampu milik 12

Selain itu, TV ini juga dilengkapi dengan Chromecast terbina yang membolehkan anda memainkan fail dari telefon pintar, Bluetooth 5.0, Wi-Fi (2.4GHz ), 3x slot HDMI , 2x slot USB dan satu slot Ethernet.

Nokia 43″ 4K Smart TV ini hadir dengan harga INR31,999 (RM 1,813) dan ianya kini sudah mula memasuki pasaran India.

Buat masa ini masih belum ada kata-kata mengenai pelancaran TV pintar Nokia ini ke pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.