Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung berkerjasama dengan pasukan eSports T1 bagi pelancaran skrin gaming Odyssey G9 dan G7


Samsung Electronics Co., Ltd. secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan pasukan eSports global T1 Entertainment & Sports (T1).

Dengan kerjasama ini, kesemua pasukan dan pemain eSport yang berpangkalan di pusat latihan ibu pejabat di Seoul Korea Selatan akan menggunakan skrin paparan Gaming melengkung Samsung Odyssey G9 dan Odyssey G7.

Skrin dibawah portfolio Odyssey ini menampilkan panel QLED yang memiliki respon pantas 1ms dan kadar segar semula 240Hz.

T1 merupakan pasukan League of Legends merupakan satu-satunya pasukan eSports yang telah memenangi Kejohanan Dunia League of Legends sebanyak tiga kali dan T1 juga mempunyai pasukan yang kompetitif didalam sukan eSport seperti Valorant, Fortnite, Dota 2, PUBG, Super Smash Bros., Hearthstone, Apex Legends, Overwatch, dan FIFA Online 4.

Kerjasama ini juga akan menyaksikan pelbagai aktiviti promosi bersama Samsung dan pasukan League of Legends T1 dan ini termasuk sesi ramah mesra bersama peminat pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

 Skrin Samsung G7 and G9 akan mula ditawarkan pada bulan Jun 2020.

Maklumat Lanjut di : Samsung Display

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.