Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan bekalan Durian segar di Shopee pada harga yang berpatutan sempena Shopee 6.6 Super Sale


Musim durian sudah bermula di Malaysia namun aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat ini kini dilarang bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, sekatan tersebut tidak melemahkan semangat penjual durian dan pengguna dengan beralih ke atas talian untuk mendapatkan bekalan Raja Buah yang berterusan dan segar.

Shopee kini menjadi platform telah menarik petani yang menanam durian dari seluruh negara yang menawarkan buah durian jenis D24, Musang King, XO, Hor Lor, Udang Merah dan banyak lagi atas talian.

Covid-19 dilihat memberi kesan buruk kepada perniagaan dalam banyak sudut selain penjualan.

Shan Cheng Durian yang biasanya menerima pelanggan di ladang seluas 12 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang mendedahkan bahawa penularan virus telah menyebabkan pelanggan  tidak lagi mengunjungi ladang tersebut.

Kini, ketika mereka mencari cara baharu bagi menjual hasil tanaman mereka, mereka juga harus memikirkan kaedah inovatif demi memastikan durian yang dihasilkan kekal segar dan enak.

Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan penjualan atas talian.

Kesegaran durian adalah salah satu daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, durian akan dipetik dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan pada hari yang sama.

Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk memenangi hati orang ramai,” kata Leow E Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.

Bagi Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk diproses seperti durian puff dan aiskrim durian sebanyak 50%.

Ini disebabkan oleh permintaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman.

Syarikat yang berpusat di Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan, juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja dan komitmen kilang.

Sebelum menjual secara atas talian, kami hanya mempunyai beberapa pesanan dalam sebulan; tetapi sekarang di Shopee, kami menerima pesanan setiap hari.

Keadaan semasa merupakan pembuka mata bagi kami – ini menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan pendekatan kami dengan mengabaikan dunia digital,” kata Ma Tuck Mun, pengasas Mountain Cat.

Isi Musang King pada masa ini merupakan produk terlaris mereka di Shopee.

Shopee mendedahkan bahawa pencarian kata kunci untuk “durian” di platformnya juga mula menjadi trend, menandakan minat pengguna ketika musim durian bermula.

Dalam usaha untuk membantu penjual durian mengekalkan pendapatan mereka dan rakyat Malaysia mendapatkan durian kegemaran mereka, Shopee akan menampilkan Shan Cheng Durian dan Mountain Cat, bersama dengan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020.

Buah durian akan dijual dalam Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM0.66 dengan diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen.

 Dengan lebih banyak penjual durian yang menjual atas talian, rakyat Malaysia dapat membelinya daripada platform Shopee untuk dinikmati di rumah dengan selamat.

Untuk penjimatan lebih banyak lagi bagi pelbagai jenis produk, tawaran bermula daripada hanya RM0.66; nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta dapatkan baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.