Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor umumkan 10 juta unit siri Honor 9X telah terjual setakat ini

Honor 9X Malaysia
Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa sebanyak 10 juta unit telefon pintar siri Honor 9X telah terjual setakat ini selepas pelancaran pada bulan Julai 2019.

Tiga model telefon pintar siri Honor 9X yang telah mendapat sambutan luar biasa ini adalah Honor 9X, Honor 9X Pro dan Honor 9X Lite yang dilancarkan baru-baru ini ke pasaran Malaysia.

Menyentuh mengenai soal harga Honor 9X ditawarkan pada harga RM 899 manakala Honor 9X Pro pula hadir pada harga RM 999 sahaja.

Honor 9X Lite yang baru dilancarkan baru-baru ini pula hadir dengan harga penjualan RM 699 sahaja dan pembelian boleh dibuat di Hihonor dengan setiap pembelian akan menerima Honor 10,000mAh Powerbank dan baucar Hihonor bernilai RM 70.

Jika pembelian dibuat melalui Honor Experience Store atau Shopee, anda akan menerima Honor 10,000mAh Powerbank sahaja.

Nantikan ulasan Honor 9X Lite kami yang akan diterbitkan didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.