Asus ROG Phone III dan ZenFone 7 akan dilancarkan sekitar bulan Julai 2020
Asus ROG Phone III dan ZenFone 7 akan dilancarkan sekitar bulan Julai 2020
Menurut media yang berpangkalan di Taiwan atau secara spesifik nya laporan dari Commercial Times mendedahkan bahawa Asus merancang untuk melancarkan dua telefon pintar flagship pada bulan Julai atau lebih penghujung bulan Jun 2020.
Dua telefon pintar flagship yang dimaksudkan adalah Asus ZenFone 7 dan telefon pintar gaming ROG Phone III.
Baru-baru ini Asus ROG III juga telah mendapat pensijilan Wi-Fi yang memberikan indikasi bahawa telefon pintar ini berada didalam fasa terakhir pembangunan dan semakin hampir untuk pelancaran.
Asus ZenFone 7 pula dijangka akan dilancarkan bersama sebagai satu peranti flaghsip bagi pengguna biasa.
Selain itu, keyakinan Asus pada telefon pintar ROG Phone III adalah sangat tinggi kerana syarikat itu meramalkan untuk mencatatkan pertumbuhan sekitar 30-50% didalam penjualan telefon pintar ROG Phone selepas pelancaran.
Ini bermaksud, ROG Phone III akan hadir dengan beberapa spesfikasi yang mungkin memberikan kejutan kepada kita dan bercakap mengenai cipset, ROG Phone III mungkin hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ khas untuk gaming.
Jika laporan ini tepat, kita mungkin menyaksikan Asus ZenFone 7 dan ROG Phone III dilancarkan didalam masa satu atau dua bulan sahaja lagi.
Baca : ULASAN : Asus ROG Phone II – penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming