Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y50 yang baru akan dilancarkan pada bulan Jun dengan harga bawah RM 1,000


Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo Y50 akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Jun.

Vivo juga telah mengesahkan bahawa vivo Y50 ini akan dijual secara eksklusif di atas talian sahaja dan dengan harga penjualan kurang dari RM 1000.

Menurut vivo Malaysia lagi, model baru ini akan hadir dengan pelbagai ciri yang ideal bagi yang mencari telefon pintar kelas entry level.

vivo Y50 yang baru ini akan turut dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Berdasarkan gambar yang disertakan vivo Y50 dijangka hadir dengan skrin paparan Ultra-O, tetapan tri-kamera dibelakang dan sensor capjari.

Buat masa ini, spesifikasi vivo Y50 yang dipakej semula ini masih belum diketahui namun penjualan telefon pintar ini dijangka akan dibuat melalui platform ePerdagangan sepertiĀ Lazada, Shopee dan vivo store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.