Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom Malaysia – Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth

realme X3 SuperZoom Malaysia - Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth 9

realme X3 SuperZoom Malaysia – Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth

Selepas pengesahan dari realme Malaysia mengenai status pelancaran realme X3 SuperZoom, pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk memiliki telefon pintar terbaru realme ini.

Memberikan satu pakej telefon pintar dengan penuh kesempurnaan adalah impian realme, selaras dengan moto ‘Dare to Leap’ yang sentiasa menjadi rujukan pertama apabila mereka bentuk sesuatu telefon pintar.

realme X3 SuperZoom bukan hanya akan memberikan pengguna satu pakej kamera yang unik dalam pasaran, telefon pintar ini juga hadir dengan skrin paparan 120Hz Ultra Smooth.

Skrin paparan berukuran 6.6-inci ini merupakan panel Ultra Smooth 120Hz.

Berkeupayaan menghasilkan 120 bingkai sesaat, realme X3 SuperZoom menawarkan kadar segar semula yang 100% lebih banyak berbanding panel skrin 60Hz yang biasa digunakan pada telefon pintar.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth 10

Pasti anda tertanya-tanya apakah kelebihan memiliki telefon pintar dengan skrin paparan 120Hz Ultra Smooth seperti realme X3 SuperZoom.

Kadar penyegaran skrin yang lebih tinggi akan meningkatkan respon keseluruhan antaramuka (UI) pengguna. Ini bermaksud bahawa setiap gerak isyarat akan diterjemahkan ke dalam tindakan di skrin dengan lebih cepat dan lembut. Kadar penyegaran 120Hz yang lebih tinggi juga akan menawarkan animasi scrolling dan swiping pada skrin yang lebih dramatik.

Skrin paparan 120Hz adalah skrin yang menjadi kegemaran gamers tidak kira profesional mahupun amatur kerana ianya mampu menawarkan animasi grafik pada kadar segar semula yang lebih tinggi dengan setiap input pada skrin dikesan dengan segera tanpa sebarang latensi.

Dengan paparan besar 16.6 cm dan nisbah skrin-ke-rangka yang tinggi (90.5%) realme X3 SuperZoom membawakan anda pengalaman visual yang tiada tandingannya.

Paparan dengan nisbah 20:9 ini mempunyai resolusi FHD+ 2400 x 1080p dengan kecerahan maksima 480nits. Sebagai perlindungan tambahan, skrin paparan realme X3 SuperZoom ini juga dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 5.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth 11

Ciri-ciri Menarik Skrin realme X3 SuperZoom

Punch-hole Light Effect : keliling skrin kamera selfie realme X3 SuperZoom akan menyala apabila ianya digunakan untuk mod face unlock atau jika anda ingin mengambil swafoto.

Eye Protection: skrin realme X3 SuperZoom juga menyokong pelarasan suhu warna pada skrin yang membantu mengurangkan radiasi lampu biru yang kurang baik untuk mata dan ianya boleh ditetapkan untuk diaktifkan secara automatik.

Mod Custom Color : skrin paparan realme X3 SuperZoom juga menyokong pelarasan mod warna iaitu mod Vivid – paparan didalam warna gamut P3 dan mod Gentel – paparan didalam warna gambut sRGB.

OSIE: Skrin realme X3 SuperZoom menyokong OSIE super clear visual effect. Ini memberikan visual skrin yang terang ketika permainan video dengan kepadatan warna yang lebih baik.

Dengan ketelitian luar biasa pada bahagian skrin, realme X3 SuperZoom menjanjikan pengguna satu pengalaman pengunaan skrin yang pasti imersif dan luar biasa.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Skrin Paparan 120Hz Ultra Smooth 12

realme X3 SuperZoom akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Mei ini dan anda boleh menonton siaran langsung majlis pelancaran di Facebook realme Malaysia yang dijadualkan akan bermula pada jam 11 pagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.