Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Asus ROG Phone II – penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Pengenalan

Apabila berkata mengenai pasaran telefon pintar Gaming, hanya beberapa nama pengeluar telefon pintar yang akan terlintas pada fikiran kita.

Republic of Gamers atau Asus ROG adalah salah satu syarikat yang sememangnya terkenal dengan penawaran peranti khas gaming.

Tahun 2018 telah menyaksikan Asus memasuki pasaran telefon pintar gaming ini dengan pelancaran ROG Phone yang mendapat perhatian dunia khususnya kerana pelbagai optimasi gaming dan reka bentuk yang memfokuskan kepada gamers kental.

Dengan perkembangan pesat eSukan didalam dan luar negara, telefon pintar gaming kini mempunyai permintaan luas dari pasaran eSukan global yang dijangka mempunyai nilai pasaran sekitar $3 bilion (RM 12.56 bilion) menjelang tahun 2023.

Asus kini telah melancarkan ROG Phone II ke pasaran Malaysia dan ianya dilihat sekali lagi dilihat mempunyai resepi yang sempurna untuk menawarkan pengalaman gaming terbaik didunia.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Video Buka Kotak ROG Phone II

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Reka Bentuk

Asus ROG Phone II hadir dengan reka bentuk luaran yang hampir sama seperti generasi pertama telefon pintar ROG.

Fokus Asus untuk menawarkan pengalaman gaming terbaik pada telefon pintar ternyata boleh dilihat pada ROG Phone II dan Asus telah menggunakan ROG Phone sebagai sumber rujukan untuk memperbaiki lagi bahagian ini.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Pada bahagian hadapan, Asus ROG Phone mengambil insiatif ‘keep it simple’ dengan fokus utama adalah skrin yang merupakan skrin paparan 120Hz terbaik dipasaran.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Selain itu, skrin paparan Asus ROG Phone II kini adalah lebih besar pada ukuran 6.59-inci (dilapisi Corning Gorillas 6) dan penawaran pembesar suara stereo DTX-Ultra menyempurnakan lagi pengalaman gaming dan multimedia pada telefon pintar ini.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Beralih kepada bahagian belakang, ROG Phone II hadir dengan profil panel belakang yang hampir sama namun kerja keras Asus jelas kelihatan pada telefon pintar ini.

Elemen telefon pintar gaming telah diterjemahkan terus pada reka bentuk telefon pintar ini dan mengekalkan logo ROG dengan lampu ‘Aura Light’ adalah sesuatu yang kami minati secara peribadi dan anda juga mempunyai pilihan untuk mengubah warna lampu ini mengikut citasara anda.

Jika diletakkan sebelah-sebelah, ROG Phone II dan ROG Phone mempunyai ukuran dimensi yang jauh lebih besar apabila dibandingkan dengan ROG Phone I.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Skrin paparan

Asus ROG Phone II hadir dengan skrin paparan 120Hz yang pertama dan paling pantas dipasaran.

Bagi kegunaan harian, anda mungkin tidak melihat perbezaan yang ketara melainkan pada operasi antaramuka yang sangat lancar.

Walaubagaimanapun, skrin paparan 120Hz yang digunakan pada ROG Phone II adalah impian semua gamers khususnya kerana output animasi dan grafik pada skrin yang paling sempurna dan lancar dipasaran.

Panel AMOLED berukuran 6.59-inci mungkin meningkatkan ukuran keseluruhan telefon pintar ini namun bagi gamers, lebih besar skrin bermaksud lebih menyeluruh pengalaman didalam satu-satu permainan video dan ianya juga boleh menjadi pemisah antara kemenangan dan kekalahan.

Salah satu faktor yang perlu diambil berat bagi telefon pintar khas gaming adalah latensi sentuhan dan Asus telah menawarkan kadar latensi skrin terendah dipasaran iaitu hanya 49ms yang meletakkanya jauh dihadapan Apple iPhone XS Max (75ms), Black Shark 2 (82ms) dan model-model lain.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 15
Pemproses

Asus ROG Phone II menjadi telefon pintar pertama di pasaran untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+ yang difokuskan kepada peranti yang fokus kepada penawaran prestasi gaming terbaik.

Jika tahun lalu, Asus menerima hak eksklusif untuk menggunakan cip pemproses khas Snapdragon 845 yang di ‘over-clock’ pada ROG Phone, tahun ini ROG Phone II hanya mendapat penghargaan untuk menjadi yang pertama dipasaran untuk menggunakan SD855+.

Ianya menawarkan kelajuan sehingga 2.96GHz selain GPU Adreno 640 yang mampu mencapai sehingga 700Mhz.

Bagi pasaran Malaysia, Asus ROG Phone II disertakan dengan 12GB RAM bersama-sama dua kapasiti storan dalaman UFS 3.0 iaitu 512GB atau 1TB.

ROG Phone II Armoury Crate

Armoury Crate – X Mode

Asus ROG Phone 2 hadir dengan mod khas gaming yang dikenali sebagai X-Mode – meningkatkan prestasi ROG Phone II ini ke tahap maksima.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 16

Aplikasi ini memberikan anda maklumat lengkap seperti suhu dan kelajuan CPU serta GPU, suhu peranti, jumlah RAM yang sedang digunakan, jumlah storan dalaman ( yang diguna dan yang masih ada) dan maklumat bateri.

ROG AuraLight

Selain itu, anda boleh mengawal warna lampu  bagi logo ROG pada panel belakang namun tetapan X-Mode adalah sangat menarik perhatian.

Butang featured didalam aplikasi ini memberikan anda informasi yang sangat berguna bagi pengguna yang ingin memaksimakan pengalaman  dan menggunakan sepenuh potensi yang dimiliki oleh ROG Phone 2 ini.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 17

Bahagian Featured ini memberikan anda info seperti jenis permainan video yang menyokong kadar skrin 120Hz, menyokong aksesori TwinView, AirTrigger (PUBG ada bossku!), vibrasi dan gamepad.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 18

Pada bahagian game library, anda akan disajikan dengan tetapan khas untuk permainan video pilihan anda, anda boleh melakukan tetapan di bahagian scenario profiles manakala dibahagian My Record, smua screenshot dan rakaman skrin ketika bermain akan dipaparkan.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Penyejukan

Asus ROG Phone II hadir dengan teknologi penyejukan 3 tahap yang mana tahap 1 adalah reka bentuk termal dalaman. Tahap 2 adalah dengan sedikit bukaan pada panel belakang untuk pembebasan haba yang lebih mudah manakala tahap 3 adalah dari pengunaan kipas AeroActive II yang disertakan dalam kotak pembelian secara percuma.

Sepanjang pengunaan ROG Phone II, kami tidak dapat merasakan sebarang kepanasan pada peranti dan ini adalah sebelum pengunaan kipas AeroActive II yang disertakan. Pemasangan kipas ini juga membolehkan anda mengecas peranti dalam keadaan melintang dan ianya juga menawarkan anda bicu audio 3.5mm.

Satu isu kepanasan yang boleh kami rasa adalah dari skrin khususnya ketika pengunaan skrin ini pada kadar bingkai maksima 120Hz.

ROG Phone 2

Kamera

Sebagai telefon pintar gaming asli, kamera bukanlah fokus utama pada Asus ROG Phone II namun apa yang disertakan pada telefon pintar ini adalah sesuatu yang berguna bagi fotografi harian anda tanpa sebarang masalah.

Sensor kamera ini diwarisi secara terus dari ZenFone 6.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 19

Asus ROG Phone II disertakan dengan tetapan dwi-kamera iaitu satu sensor utama Sony IMX586 Quad Bayer dengan aperture f/1.8 dan satu sensor ultrawide 13MP yang mempunyai darjah pandangan 125 darjah.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 20

Aplikasi kamera yang disertakan masih mengekalkan ekosistem kamera Asus dan terdapat juga mod malam berasingan pada aplikasi kamera ini.

ULASAN : Asus ROG Phone II - penanda aras baru pasaran telefon pintar gaming 21

Kamera selfie Asus ROG Phone II adalah unit kamera 24MP f/2.2 yang berjaya mengeluarkan hasil gambar selfie yang baik dan terdapat juga mod selfie potrait.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Bateri

Salah satu isu yang selalu menghantui telefon pintar gaming adalah jangka hayat bateri dan ini berlaku kerana apabila prestasi sesuatu telefon pintar ditala ke tahap maksima, jangka hayat bateri sudah pastinya terpaksa dikorbankan.

Namun Asus telah melakukan sesuatu yang luar biasa apabila telah menyertakan bateri berkapasiti 6,000mAh pada telefon pintar gaming berkuasa tinggi ini.

Sedikit mengecewakan disini adalah Asus mengekalkan palam pengecas HYPERCHARGE 30W yang sama seperti pada generasi pertama Asus ROG namun ianya bukan lah pengakhiran dan erti kata lain.

Asus juga menyertakan teknologi pengecasan PowerMaster yang mana peranti akan mengenali corak pengecasan anda dan memastikan tahap pengecasan tidak mencapai tahap 100% lebih awal dari jangka masa and mula menggunakan peranti. Ini menjanjikan kualiti dan prestasi bateri yang optimum untuk tempoh masa yang panjang.

Ulasan ROG Phone II Malaysia

Penutup

Asus ROG Phone II telah membuktikan bahawa mengeluarkan telefon pintar gaming yang betul-betul memenuhi kehendak pengguna adalah tidak mustahil.

Dengan pelbagai aksesori sampingan, pengalaman gaming pada Asus ROG Phone II adalah sesuatu yang patut anda lalui kerana tidak banyak telefon pintar dipasaran yang mampu bersaing dengan ROG Phone II.

ROG Phone II kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,499 bagi versi 12/512GB bermanakala versi 12GB/1TB ditawarkan pada harga RM 4,499.( hanya ditawarkan mulai bulan November).

Dapatkan Asus ROG Phone II di Shopee

F278687B-72A0-4FFF-9A4C-B927F7140284-1024x572.jpeg

Antara aksesori yang ditawarkan bagi ROG Phone II adalah seperti berikut :

  • Pad permainan ROG Kunai Gamepad – RM 499
  • TwinView Dock II – tambahan satu lagi skrin 120Hz, kipas penyejuk dan bateri berkapasiti 5,000mAh – RM 899
  • Dok Mobile Desktop – RM 599
  • Lighting Armor Case – RM 199
  • Aero Case – percuma didalam kotak
  • AeroActive Coller II – percuma didalam kotak
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.