Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X10 5G kini rasmi – Kirin 820, sensor utama 40MP RYYB dengan harga dari RM 1,165

Honor X10 5G Malaysia
Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor X10 5G yang merupakan telefon pintsr 5G pertama syarikat didalam siri X.

Honor X10 5G Hadir dengan skrin paparan IPS LCD 90Hz berukuran 6.63-inco yang membawakan resolusi FHD+

Honor X10 5G hadir dengan cip pemprosesan Kirin 820 yang membawakan sokongan 5G NSA/SA dan 9 frekuensi 5G untuk liputan yang lebih menyeluruh.

Honor X10 5G akan hadir dengan tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/64GB, 6/128GB dan 8/128GB dengan MagicUI 3.1.1 yang berasaskan Android namun pastinya tanpa GMS jika ke pasaran antarabangsa kelak.

Selain itu, Honor X10 5G juga disertakan dengan 3 sensor kamera dibelakang iaitu sensor RYYB 40MP, 8MP Ultrawide dan 2MP Makro serta tidak lupa sensor kamera swafoto 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki Honor X10 5G ini adalah sensor capjari sisi, GPU Turbo, Kirin Gaming+ 2.0 dan bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Honor X10 5G akan hadir dengan 4 pilihan warna menarik iaitu Sapphire Blue, Midnight Black, Titanium Silver, dan Fiery Orange dengan harga penjualan seperti dibawah :

Honor X10 5G 6/64GB – CNY 1,899 – RM 1,165

Honor X10 5G 6/128GB – CNY 2,199 – RM 1,348

Honor X10 5G 8/128GB – CNY 2,399 – RM 1,470

Penawaran antarabangsa Honor X10 5G masih belum diketahui buat masa ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.