Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom Malaysia – Super Zoom Periskop 60x & Starry Mode

realme X3 SuperZoom Malaysia - Super Zoom Periskop 60x & Starry Mode 5

realme X3 SuperZoom Malaysia – Super Zoom Periskop 60x & Starry Mode

realme adalah syarikat telefon pintar yang sentiasa membawakan teknologi inovatif pada telefon pintar mereka dan lebih penting pada harga yang berbaloi.

Dengan semangat Dare to Leap, realme kini dilihat bakal memperkenalkan realme X3 SuperZoom dan ianya akan memasuki pasaran Malaysia pada 28 Mei ini.

Seperti pada nama model ini, realme X3 SuperZoom hadir dengan teknologi Zoom luar biasa yang pasti memukau hati peminat telefon pintar realme.

64MP Quad Camera dengan Lensa Telefoto Periskop 5X

realme X3 SuperZoom dilengkapi dengan teknologi super zoom kelas flagship yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor 5x telefoto periskop 8MP, sensor sudut lebar ultra 119° 8MP dan sensor makro.

Sensor ISOCELL GW1 merupakan kamera utama pada realme 6 Pro dan ianya adalah sensor GW1 64MP berukuran 1/1.72 -inci yang memiliki aperture f/1.8 dan menggunakan lensa 6P.

Ianya mengguna pakai teknologi Quad Bayer 4 dalam 1 ‘pixel binning’ yang menggabungkan 4 piksel (gambar) menjadi satu piksel 1.6μm yang besar.

Hasil daripada proses ini membolehkan gambar yang diambil pada realme X3 SuperZoom memiliki resolusi dan kualiti imej yang terbaik walaupun diambil pada keadaan cahaya yang kurang.

Lensa Periscope Telephoto 5x

Lensa zoom periskop 8MP 5x ini disertakan bersama lensa sudut ultra lebar dan kamera utama.

Ia memberikan realme X3 SuperZoom ‘focal length’ antara 16 mm hingga 124 mm, yang memberikan pengzooman lancar dari 0.5X hingga 60X.

Optik pengstabilan imej (OIS) juga menawarkan pengstabilan kepada previu gambar yang dizoom dan ini membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan tajam walaupun pada jarak sejauh 100 meter.

Sensor sudut lebar ultra 119°

Sensor 8MP ultra wide dengan field of view 119° – penawaran sensor ini pada realme X3 SuperZoom memastikan pengguna tidak perlu membongkok kebelakang untuk mengambil gambar yang sempurna kerana sensor ini adalah sensor ultra lebar yang cukup luas untuk anda mengambil gambar landskap, bangunan dan juga kumpulan yang besar.

Hanya satu ketikan diperlukan untuk pengguna beralih kepada mod sudut lebar yang membolehkan pengguna mengambil gambar landskap, arkitektur dan kumpulan yang ramai dengan lebih mudah.

Sensor Makro – Fotografi mikro

Lensa Makro – penawaran lensar makro membolehkan realme X3 SuperZoom milik anda mendekati dunia fotografi mikro pada jarak sedekat 4cm sahaja.

Starry Mode

Untuk merakam gambar bintang berkelipan di langit, realme telah membangunkan mod gambar eksklusif yang dikenali sebagai Starry Mode.

Ianya menggunapakai algoritma AI yang digabungkan dengan waktu penggambaran yang lebih lama ‘long exposure’ dan sistesis berbilang bingkai yang secara pintar meningkatkan ketajaman dan kecerahan bintang dengan hasil akhir yang amat profesional

Dari segi algoritma, selepas pelbagai ujian dan analisis contoh gambar, realme telah memilih kombinasi istimewa yang menggabungkan 4 parameter utama penggambaran iaitu waktu Shutter, sensitiviti ISO, jarak pemfokusan dan white balance yang membolehkan anda mengambil gambar bintang yang terbaik.

Pertama, pemfokusan auto realme X3 SuperZoom akan memfokuskan kepada bintang yang paling jauh sebelum mengambil 10 gambar jangka masa lama ‘ultra-long exposure’ sebelum beralih ke proses sitensis berbilang bingkai untuk menghasilkan gambar bintang yang teliti, cerah dan

Terdapat tiga proses utama didalam algoritma sintesisi berbilang bingkai.

Langkah pertama adalah untuk meningkatkan kecerahan bintang yang gelap dan tidak nampak dengan mata kasar sebelum meningkatkan kecerahan langit untuk mendapat hasil gambar langit dipenuhi bintang yang menakjubkan.

Langkah kedua adalah penjajaran pintar, yang secara automatik menyelaraskan beberapa foto melalui AI, ia juga secara automatik akan menghilangkan jejak bintang yang bergerak dan tidak perlu dalam pendedahan yang lama. Ini meningkatkan kejelasan bintang.

Langkah ketiga adalah pengurangan kekaburan berbilang bingka untuk meningkatkan kejelasan bahagian gelap di langit.

Mod gambar Starry ini disokong pada sensor utama 64MP dan lensa persikop 5x. Sensor utama lebih sesuai digunakan untuk memgambil gambar langit malam yang lebih lebar dan bima sakti manakala sensor persikop 5x lebih sesuai untuk mengzoom ke buruj seperti Big Dipper dan Lyra.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Super Zoom Periskop 60x & Starry Mode 6

realme X3 SuperZoom akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Mei ini dan pastikan anda menyaksikan siaran langsung pelancaran telefon pintar terbaru realme di Facebook realme Malaysia tepat pada jam 11 pagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.