Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V17 kini ditawarkan pada harga serendah RM 1,299 sahaja

vivo V17 yang dilancarkan pada penghujung tahun 2019 kini hadir didalam satu pakej yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 1,299 namun dengan storan 128GB berbanding 256GB pada varian asal.

Vivo V17 ini hadir dengan skrin paparan FHD+ E3 Super AMOLED berukuran 6.44-inci, pemproses Snapdragon 675AEI, 8GB RAM dan 128GB ROM dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, vivo V17 ini memiliki tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP + sensor kanta lebar 120 darjah 8MP + sensor bokeh 2MP + sensor makro 2MP.

Selain itu, vivo V17 hadir dengan kamera selfie punch hole 32MP yang disahkan sebagai lubang punch hole yang paling kecik pernah ditawarkan pada telefon pintar.

Kedua-dua kamera pada Vivo V17 ini juga menyokong mod malam Super Night dan Super Night Selfie.

Vivo V17 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, FunTouch OS 9.2 dan sokongan dwi SIM.

vivo V17 dengan harga penjualan RM 1,299 ini kini boleh dibeli melalui kedai konsep vivo, Lazada, Shopee dan laman rasmi vivo

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.