Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Lite, Magic EarBuds dan Scale 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei


Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 9X Lite akan diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 27 Mei bersama-sama dua lagi produk terbaru Honor iaitu Magic Earbuds dan Smart Scale 2.

Honor 9X Lite merupakan model terbaru didalam siri X yang akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan.

Honor Malaysia telah mengesahkan 9X Lite akan dilengkapi dengan tetapan quad-kamera AI 48MP + 2MP, skrin paparan FullView 6.5-inci dan storan dalaman 128GB

Honor Magic Earbuds 3 pula adalah model terbaru didalam siri produk audio Honor, ianya hadir dengan reka bentuk tanpa wayar yang ergonomik. Ianya juga dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi aktif hibrid dan penawaran kualiti panggila audio serta muzik yang baik.

Bagi yang mengutamakan kesihatan diri, Honor Scale 2 adalah model pengganti kepada Honor Smart Scale dan ianya menawarkan bacaan berat yang lebih tepat dengan teknologi Huawei TruFit.

Honor Scale 2 hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak untuk penyimpanan yang lebih mudah.

Ketiga-tiga produk terbaru ini akan dilancarkan di Malysia dalam masa 7 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.