Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Mei


realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme X3 SuperZoom akan memasuki pasaran Malaysia pada 28 Mei ini

realme X3 SuperZoom dijangka akan hadir dengan teknologi zoom sehingga 60x hasil pengunaan lensa periskop dan telefon pintar ini juga telah disahkan akan memasuki pasaran Eropah pada 26 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif realme India iaitu Madhav Seth sebelum ini juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme X3 SuperZoom akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya akan mempunyai kamera yang menawarkan zoom 60x.

Selain daripada itu, realme X3 SuperZoom dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 855+, sehingga 12GB RAM dan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Majlis pelancaran realme X3 SuperZoom di Malaysia akan diadakan pada 28 Mei jam 11 pagi dan ada boleh menonton siara langsung majlis pelancaran ini di Facebook realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.