realme Watch akan dilancarkan 25 Mei – ini adalah ciri-ciri jam pintar terbaru realme
![realme Watch akan dilancarkan 25 Mei - ini adalah ciri-ciri jam pintar terbaru realme 1 realme Watch akan dilancarkan 25 Mei - ini adalah ciri-ciri jam pintar terbaru realme 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2020/05/A7F92C2C-1E4C-47E3-9D24-7BBB62C8D9DF-1024x752.jpeg)
realme sebelum ini telah mengesahkan akan melancarkan jam pintar realme Watch bersama-sama televisyen pintar mereka iaitu realme TV pada 25 Mei ini ( di India).
realme melalui laman mikro bagi majlis pelancaran realme Watch telah mendedahkan beberapa spesfikasi utama realme Watch.
Berikut adalah spesifikasi realme Watch yang diketahui buat masa ini :
- skrin paparan berwarna 1.4”
- 2 jenis Tali jam iaitu Classic dan Fashion
- Menawarkan sokongan merekod 14 aktiviti kecergasan
- Bacaan degupan jantung 24/7
- Bacaan kadar saturasi oksigen dalam darah (SpO2)
- Aplikasi realme Link
- Notifikasi pintar dari pelbagai aplikasi popular
- Sokongan kawalan kamera dan muzik
realme Watch dijangka akan hadir dengan rangk berwarna hitam dengan 4 pilihan warna tali jam iaitu hitam, merah, biru dan hijau.