Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan gadget terbaru Huawei secara ansuran melalui pakej Huawei Together 2020


Dapatkan gadget terbaru Huawei secara ansuran melalui pakej Huawei Together 2020

Pada 16 Mei yang lalu, Huawei Malaysia telah membawa masuk pelbagai produk terbaru mereka ke pasaran tempatan seperti komputer riba siri MateBook, tablet siri MatePad dan telefon pintar siri Y.

Generasi Terbaru Huawei MateBook X Pro, Matebook 13, Matebook D 14 dan D 15 akan kini mula ditawarkan di Malaysia

Dengan keadaan ekonomi yang berada pada tahap yang merudum akibat Covid-19, pasti ramai yang terpaksa menangguhkan pembelian telefon pintar atau komputer riba terbaru kerana risau mengenai masa depan yang tidak menentu ini.

Walaubagaimanapun Huawei kini menawarkan anda satu penyelesaian mudah yang membolehkan anda membuat pembelian produk terbaru Huawei dengan bayaran secara ansuran tanpa sebarang faedah.

Dengan bayaran serendah RM 3.69 sehari, Huawei Together 2020 menawarkan hampir kesemua produk Huawei didalam pelbagai pakej yang boleh dibeli mengikut keperluan pengguna.

Selain daripada 23 pakej sediada Huawei Together 2020, pengguna juga boleh memilih untuk membeli salah satu daripada produk yang diperlukan mengikut keperluan.

Dengan ansuran 0% yang ditawarkan oleh pelbagai pihak Bank, memiliki gadget terbaru Huawei kini lebih mudah dengan pelan bayaran ansuran antara 6 bulan atau 12 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Huawei Together 2020, sila ke pautan ini : Huawei Together 2020

Baca : Huawei MatePad dan MatePad T kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Baca : Huawei Y6p kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 559 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.