Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati 50% rebat serta merta bagi 2 pembelian pertama di Huawei AppGallery


Nikmati 50% rebat serta merta bagi 2 pembelian pertama di Huawei AppGallery

Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, Huawei mengambil kesempatan ini memberikan sedikit ganjaran kepada pengguna setia mereka mulai hari ini sehingga 31 Mei 2020.

Sepanjang kempen ini, pengguna Huawei di Malaysia akan menikmati 50% rebat serta merta bagi dua transaksi pertama mereka bagi Huawei In-App Purchases (HUAWEI IAP) dan Huawei juga akan mendermakan 5% daripada setiap transaksi kepada organisasi kebajikan yang terpilih.

50% rebat serta merta ini boleh dinikmati pada mana-mana aplikasi Huawei AppGallery yang menyokong Huawei IAP selain langganan kandungan premium Huawei Video, pelan storan Huawei Cloud atau pembelian Huawei Themes.

Antara aplikasi yang menawarkan rebat ini adalah Rise of Kingdoms, Lords Mobile, Perfect World Mobile, BIGO LIVE, Yome Live, Likee dan banyak lagi.

Anda juga akan menerima Huawei Points dengan setiap pembelian yang boleh digunakan untuk menerima potongan ketika transaksi Huawei In-App (setiap Huawei Point bernilai RM 1).

Senarai badan kebajikan yang akan menerima derma 5% jumlah transaksi telah diumumkan di HUAWEI Mobile Services APAC

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.