Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming realme X50 Pro Player Edition akan dilancarkan pada 25 Mei ini

Telefon pintar gaming realme X50 Pro Player Edition akan dilancarkan pada 25 Mei ini 1

Telefon pintar gaming realme X50 Pro Player Edition akan dilancarkan pada 25 Mei ini

realme dilaporkan akan memperkenalkan satu telefon pintar kelas flaghsip gaming yang dikenali sebagai realme X50 Pro Player Edition dan pelancaran telefon pintar ini akan berlangsung pada 25 Mei ini.

realme juga secara rasminya telah berkongsi beberapa gambar telefon pintar ini dan ianya disahkan akan hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang.

Kini seorang tipster China telah mendedahkan spesifikasi penuh realme X50 Pro Player Edition ini.

realme X50 Pro Player Edition Malaysia

realme X50 Pro Player Edition dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB RAM namun terdapat kemungkinan ada varian dengan RAM yang lebih tinggi.

realme X50 Pro Player Edition juga akan hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.4-inci dengan resolusi 2400 x 1800 dengan tebukan lubang berbentuk pil yang menempatkan sensor 16MP + 2MP.

Kamera belakang realme X50 Pro Player Edition dijangka akan menampilkan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP selain sensor makro dan depth pada resolusi 2MP.

Beralih kepada bateri, realme X50 Pro Player Edition dikatakan akan menawarkan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W selain sensor capjari dalam skrin.

Berdasarkan spesfikasi yang diberikan ini, realme X50 Pro Player Edition ini adalah realme X50 Pro 5G namun dengan spesifikasi kamera yang lebih rendah.

Memandangkan ini adalah telefon pintar yang memfokuskan kepada gaming, realme pasti akan menyertakan beberapa fungsi gaming yang membezakanya dengan telefon pintar realme yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.