LG Electronics umumkan kempen promosi Stay Home & Raya With LG
LG Electronics telah mengumumkan kempen Stay Home & Raya With LG yang menawarkan promosi hebat bagi produk terbaru LG mulai hari ini sehingga 30 Jun 2020.
Sambutan Hari Raya tahun ini mungkin sedikit berlainan namun ini tidak bermaksud ianya tidak boleh disambut dengan meriah.
Selain daripada tawaran menarik bagi pelbagai produk elektronik rumah, pembeli juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti LG PuriCare™ Air Purifier bernilai RM3,300*, LG Soundbars bernilai RM599* dan kredit Touch N Go eWallet yang bernilai sehingga RM 500.