Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Saksikan bengkel fotografi vivo Malaysia dengan kerjasama PUCM pada 15 Mei ini

Saksikan bengkel fotografi vivo Malaysia dengan kerjasama PUCM pada 15 Mei ini 3
Saksikan bengkel fotografi vivo Malaysia dengan kerjasama PUCM pada 15 Mei ini

Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 9 Jun 2020, perang menentang Covid-19 dilihat masih belum berakhir dan kita digalakkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial selain kerap mencuci tangan.

No Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa kekal didalam rumah, Vivo telah berkerjasama Persatuan Usahawan China Di Malaysia (PUCM) bagi mengadakan satu bengkel fotografi virtual di Facebook PUCM Malaysia pada 15 Mei ini (jam 8 malam).

Walaupun pelbagai cabaran telah diwujudkan untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP ini, masih ada pengguna yang celik fotografi tercari-cari idea dan tips untuk mengambil gambar dengan lebih baik.

Bengkel fotografi virtual ini akan dijalankan oleh dua jurugambar terkemuka Malaysia iaitu Ck Chau dan Sharkman yang akan berkongsi pelbagai tips untuk meningkatkan lagi kemahiran fotografi anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.