Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme kini mempunyai 35 juta pengguna diseluruh dunia


realme , jenama telefon pintar dengan kadar pertumbuhan terpantas didunia kini mempunyai 35 juta pengguna seluruh dunia yang membolehkanya kekal ditempat ke-7 didalam senarai syarikat telefon pintar global pada suku pertama 2020.

Pada penghujung bulan Januari 2020, realme mempunyai 25 juta pengguna global dan didalam masa 4 bulan terakhir, sebanyak 10 juta pengguna telah menjadi sebahagian daripada keluarga realme.

Dengan penjualan sebanyak 10 juta unit, pertumbuhan realme didalam pasaran telefon pintar adalah 157% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kejayaan ini adalah lebih bermakna kerana keadaan pasaran telefon pintar global yang mencatatkan penurunan sebanyak 13% pada suku pertama 2020 dan realme merupakan antara dua syarikat global utama yang mencatatkan peningkatan penjualan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.