Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sebanyak 24.1 Juta Unit Telefon Pintar 5G Telah Dijual Pada Suku Pertama 2020


Samsung telah dinobatkan sebagai pendahulu pasaran telefon pintar 5G bagi suku pertama tahun ini.

Menurut The Korean Herald, Samsung merupakan satu-satunya syarikat telefon pintar yang tidak berpangkalan di China dalam senarai 5 syarikat terbaik.

Samsung telah berjaya menjual sebanyak 8.3 juta unit telefon pintar 5G pada suku pertama yang memberikan syarikat ini 34.1% pegangan pasaran.

Huawei berada di tempat kedua dengan 8 juta unit telefon pintar 5G bagi tiga bulan pertama tahun ini yang melambangkan 33.2% pengangan pasaran.

Ditempat ketiga adalah vivo dengan 2.9 juta unit (12%) manakala Xiaomi ditempat keempat dengan 2.5 juta unit (10.4%) dan melengkapkan senarai 5 syarikat terbaik didalam pasaran telefon pintar 5G adalah Oppo dengan 1.2 juta unit (5%).

Lain-lain jenama telefon pintar mewakili 5% pengangan pasaran telefon pintar 5G iaitu 1.2 juta unit.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.