Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 9 dan Note 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei ini

Redmi Note 9 dan Note 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei ini 3
Pelancaran global Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro telah berlangsung minggu lalu dan kini Xiaomi Malaysia telah mengesahkan pelancaran tempatan kedua-dua telefon pintar ini akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Pelancaran Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro akan berlangsung pada jam 2 petang dan siaran langsung majlis pelancaran ini boleh ditonton di akaun Facebook Xiaomi Malaysia.

Walaubagaimanapun, status pelancaran Mi Note 10 Lite ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi – Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600

Minggu hadapan adalah minggu yang menarik kerana pada hari yang sama, realme akan melancarkan realme 6 Pro ke pasaran Malaysia dan pada 12 Mei pula, Oppo akan memperkenalkan siri Reno3.

Kami akan memberikan anda laporan penuh mengenai harga dan tarikh penjualan Siri telefon pintar Redmi Note 9 di Malaysia sejurus selepas selesai pelancaran.

Xiaomi Redmi Note 9 dan Note 9 Pro dilancarkan secara rasmi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.