Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch Active 2 bakal menawarkan sokongan bacaan tekanan darah


Samsung secara rasminya telah mengumumkan aplikasi Samsung Health Monitor digunakan untuk mengukur kadar tekanan darah telah mendapat kelulusan Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea Selatan (MFDS).

Aplikasi Samsung Health Monitor membolehkan anda membolehkan anda mengukur dan mengawasi kadar tekanan darah dengan lebih mudah pada jam Samsung Galaxy Watch Active 2.

Seluruh dunia, tekanan darah yang tinggi telah diketahui meningkatkan risiko pelbagai penyakit otak, buah pinggang dan jantung (termasuk strok dan penyakit jantung koronari).

Dengan pengukur dan simpanan data tekanan darah, aplikasi Samsung Health menawarkan pengguna lebih banyak maklumat kesihatan mereka dan membantu membuat keputusan yang mungkin menyelamatkan nyawa mereka.

Dengan jam Galaxy Active 2, anda hanya perlu menekan ‘measure’ untuk mengambil jumlah tekanan darah semasa anda (kalibrasi dengan alat pengukur tekanan darah tradisional perlu dilakukan terlebih dahulu dan kalibrasi semula setiap 4 minggu).

Peranti akan mengukur kadar tekanan darah melalui analisa nadi and yang direkodkan melalui sensor pengukur degupan jantung.

Aplikasi Samsung Health Monitor akan mula ditawarkan pada jam pintar Samsung Galaxy Active 2 pada suku ke-3 tahun ini dan penawaran akan juga diperkembangan kepada peranti Galaxy Watch yang lain.

Tontoni video dibawah untuk cara pengaktifan dan pengunaan Samsung Health Monitor ini :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.