Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi – Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi - Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600 11

Selain Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 ProRedmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro, Xiaomi juga telah memperkenalkan Mi Note 10 Lite yang akan turut memasuki pasaran antarabangsa sekitar pertengahan bulan hadapan.

Mi Note 10 Lite hadir dengan skrin paparan yang sama seperti Mi Note 10 iaitu panel 3D Curved AMOLED berukuran 6.67-inci dan pemproses Snapdragon 730G.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi - Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600 12

Selain itu, Mi Note 10 Lite juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP Sony IMX686, sensor ultra-lebar 8MP 120-darjah, sensor depth 5MP, sensor makro 2MP dan dua flash-LED.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi - Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600 13

Mi Note 10 Lite juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,260mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 30W (0-100% dalam masa 64minit).

Mi Note 10 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Nebula Purple, Glacier White, dan Midnight Black.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi - Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600 14

Harga penjualan Mi Note 10 Lite adalah €349 (RM 1,646) bagi varian 6/64GB dan €399 (RM1,882) bagi varian 6/128GB.

Xiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi - Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600 15

Selain itu, Xiaomi juga telah memperkenalkan Mi Smart Standing Fan C1 yang akan hadir ke pasaran dengan harga penjualan €39.90 (RM 186).

Xiaomi Redmi Note 9 dan Note 9 Pro dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pertengahan Mei

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.