Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9 dan Note 9 Pro dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pertengahan Mei

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro ke pasaran antarabangsa dengan pelancaran ke pasaran tempatan pada pertengahan bulan Mei 2020.

Xiaomi Redmi Note 9 adalah model yang lain dari Redmi Note 9S, ianya hadir dengan skrin Dot Display 6.53-inci, pemproses Helio G85 ( telefon pintar pertama didunia) manakala sensor capjari pula dibahagian belakang.

Redmi Note 9 hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Redmi Note 9 turut hadir dengan bateri berkapasiti 5,020mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan adalah 18W.

Baca jugaXiaomi Mi Note 10 Lite kini rasmi – Snapdragon 730G, quad-kamera 64MP dengan harga sekitar RM 1,600

Redmi Note 9 akan turut hadir dengan bicu audio 3.5mm, IR blaste, slot Tri-Sim dan lapisan nano kalis percikan air.

Redmi Note 9 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Forest Green, Polar White dan Midnight Grey dengan harga penjualan $199 bagi versi 3/64GB (RM 864) dan $249 (RM 1,081) bagi versi 4/128GB. – harga penjualan di Malaysia belum diumumkan.

Redmi Note 9 Pro

Beralih kepada Redmi Note 9 Pro pula, ianya hadir dengan skrin paparan Dot-display FHD+ berukuran 6.67-inci  ,pemproses Snapdragon 720GB (8nm),  sensor capjari pada bahagian sisi dan rangka kalis percikan air.

Selain itu, Redmi Note 9 Pro hadir dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 5,020mAh  pengecasan pantas 30W tersedia dalam kotak.

Redmi Note 9 Pro juga hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Redmi Note 9 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Aurora Blue, Glacier White dan Interstellar Black.

Redmi Note 9 Pro akan memasuki pasaran antarabangsa sekitar pertengahan bulan Mei dengan harga penjualan $269 (RM 1,169) bagi versi 6/64GB manakala versi 6/128GB akan hadir dengan harga penjualan $299 (RM 1,299) – harga penjualan di Malaysia belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.