Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A92 dan Enco W31 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Mei 2020


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Oppo A92 dan Oppo Enco W31 akan dilancarkan pda 4 Mei ini.

Oppo A92 merupakan telefon pintar terbaru Oppo didalam siri A manakala Oppo Enco W31 adalah generasi terbaru peranti TWS syarikat ini.

Oppo A92 dijangka akan hadir dengan tetapan quad-kamera 48MP + sensor ultrawide 119° dan dua sensor potret (mungkin pada resolusi 2MP). Susunan seakan huruf C.

Selain daripada itu, tiada sebarang spesifikasi rasmi Oppo A92 yang diumumkan namun berdasarkan gambar yang disertakan pada e-mel, ianya akan hadir didalam dua pilihan warna (hitam dan hijau gradiasi).

Oppo Enco W31 pula hadir dengan penambahbaikan dari segi latensi yang lebih rendah, mod dual sound dan noice reduction (pengurangan gangguan bunyi).

Pastikan anda tidak terlepas menonton majlis pelancaran Oppo A92 dan Oppo Enco W31 ini pada 4 Mei ini secara langsung bermula jam 11 pagi di Facebook atau YouTube Oppo Malaysia, Astro Go dan Astro Ria.

OPPO juga menawarkan satu unit Oppo A92 dan 3 unit Oppo Enco W31 secara percuma bagi penonton bertuah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.