Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip akan dibuka lagi pada 30 April ini, RM 5,888

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip akan dibuka lagi pada 30 April ini, RM 5,888 7
Samsung Galaxy Z Flip, telefon pintar foldable terbaru Samsung telah memasuki pasaran Malaysia pada 17 Mac yang lalu iaitu dalam kuantiti yang amat terhad.

Pasti ramai yang terlepas peluang memiliki Samsung Galaxy Z Flip ketika penjualan pertama dan kini peluang kedua telah tiba untuk memiliki telefon pintar unik ini yang akan dibuka untuk pra-tempahan pada 30 April ini di Samsung e-Store.

Samsung Galaxy S20 Ultra kini rasmi dengan skrin 120Hz, 16GB RAM, Sensor 108MP

Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon pintar foldable kedua syarikat ini namun ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dan pada harga yang lebih murah.

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip akan dibuka lagi pada 30 April ini, RM 5,888 8

Samsung Galaxy Z Flip akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Mirror Black, Mirror Purple dan Mirror Gold dengan harga RM 5,888.

Ssetiap pembelian Galaxy Z Flip juga akan menerima Galaxy Z Premier Service yang memberikan anda 24/7 bantuan peribadi melalui telefon dan 1 tahun waranti Samsung Care+ Protection.

pra-tempah Galaxy Z Flip di SINI ( sah pada 30 April 2020)

Samsung Galaxy Z Flip ini akan dihantar kepada pembeli didalam masa 5 hari selepas tempahan dibuat.

Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Flip akan dibuka lagi pada 30 April ini, RM 5,888 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.