Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi – apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro MalaysiaXiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dengan pemproses kelas flaghsip Snapdragon 865 dan telefon pintar Mi pertama dengan skrin paparan Punch Hole Yang menempatkan kamera selfie 20MP.

Mi 10 dan Mi 10 Pro DxOMark

Selain itu, Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro juga memiliki teknologi quad-camera dengan kedua-dua model hadir dengan sensor utama 108MP seperti pada siri Mi Note 10 dan telah merampas kedudukan No.1 DxOMark.


Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 21Xiaomi Mi 10 Pro semestinya adalah peranti yang lebih premium dan ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci pada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 22

Mi 10 Pro hadir dengan sensor 108MP yang mempunyai lensa 8P dan ianya dilengkapkan dengan tiga lagi sensor kamera iaitu sensor telefoto yang menawarkan 10x zoom hibrid, satu lagi sensor telefoto 12MP 2x untuk mod potret dan sensor 20MP ultrawide.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 23

Xiaomi Mi 10 Pro juga hadir dengan OIS, EIS dan penambahbaikan AI bagi fotografi dan sokongan rakaman video 8K seperti siri Samsung Galaxy S20 yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Xiaomi Mi 10 Pro hadir dengan tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 8GB RAM /256GB , 12GB/256 GB, dan 12GB/512GB iaitu jenis RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.0

Mi 10 Pro juga menawarkan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 50W, pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik (powerbank) 10W.

Xiaomi Mi 10 Pro akan hadir dengan sokongan 5G SA dan 5G NSA selain sokongan Wi-Fi 6.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 24

Berikut adalah harga Xiaomi Mi 10 Pro di China :

Xiaomi Mi 10 Pro 8GB RAM /256GB CNY 4,999 – RM 2,963

Xiaomi Mi 10 Pro 12GB/256GB CNY 5,499 – RM 3,260

Xiaomi Mi 10 Pro 12GB/512GB CNY 5,999 – RM 3,556

Beralih kepada Mi 10 pula, ianya masih mengekalkan skrin paparan AMOLED yang sama seperti Mi 10 Pro dan juga sensor 108MP namun kedua-dua sensor telefoto telah digantikan dengan satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP manakala sensor ultrawide kini hanya 13MP.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 22
Mi 10 juga mengekalkan pengunaan RAM LPDDR5, UFS 3,0 dan sokongan rakaman 8K seperti versi Pro.

Bateri yang dimiliki oleh Mi 10 pula adalah 4,780mAh dengan pengecasan pantas 30W, pengecasan tanpa wayar 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Xiaomi Mi 10 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Peach, Green dan Black pada harga seperti berikut:

Xiaomi Mi 10 8/128GB – CNY 3,999 (RM 2,370)

Xiaomi Mi 10 8/256GB – CNY 4,299 (RM 2,548)

Xiaomi Mi 10 12/256GB – CNY 4,699 (RM 2,785)

Buat masa ini pelancaran global telefon pintar ini telah ditunda kerana pembatalan MWC dan setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Xiaomi.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga sekitar RM 2,000 – RM 2,600.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 26 Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 27 Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 28 Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 29 Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro kini rasmi - apa yang anda perlu tahu dan anggaran harga di Malaysia 30

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.