Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Pro dan MagicBook kini ditawarkan melalui lebih banyak wakil penjual sah


Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa penawaran Honor MagicBook dan Honor 9X Pro telah di perkembangkan ke lebih banyak rakan penjual online mulai 21 April dan 29 April.

Penambahan rakan penjualan online bagi produk terbaru Honor ini adalah untuk memudahkan lagi pengguna di pelbagai pelusuk negara memiliki dan menerima tempahan mereka dengan lebih pantas didalam tempoh PKP ini.

Rakan penjualan yang disenaraikan ini juga mempunyai stor di platform Shopee dan Lazada yang memudahkan lagi urusniaga atas talian.

Honor MagicBook kini telah mula ditawarkan dengan harga penjualan RM 2,299 dan ianya hadir dengan promosi yang sama seperti ketika penjualan fasa pertama iaitu hadiah percuma bernilai RM 1,017 (Honor MagicWatch 2, beg komputer riba Honor, tetikus tanpa wayar Bluetooth).

Senarai rakan penjualan atas talian yang menawarkan Honor MagicBook boleh dilihat di SINI

Honor 9X Pro pula hadir dengan harga penjualan RM 999 dan setiap pembelian akan turut menerima Honor Band 5i dan Storan Awan 50GB Huawei Cloud.

Senarai rakan penjualan yang terbaru boleh dilihat di SINI

Selain melalui rakan penjualan di atas, anda juga boleh mendapatkan Honor 9X Pro di Hihonor, Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.