Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Ace2 kini rasmi dengan skrin 90Hz, Snapdragon 865 dan pengecasan pantas wireless AirVOOC 40W


Selepas hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo Ace2 yang hadir dengan spesifikasi dan reka bentuk yang berbeza apabila dibandingkan dengan telefon pintar Oppo yang lain.

Oppo Ace2 hadir dengan skrin paparan OLED FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan skrin punch-hole ini juga menempatkan kamera selfie 16MP.

Pada bahagian belakang, Oppo Ace2 hadir dengan modul kamera bulat yang menempatkan enpar sensor kamera iaitu sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan dua sensor potret 2MP.

Oppo Ace2 turut hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 8 atau 12GB RAM (versi 12GB adalah RAM jenis LPPDR5 ) dan dua storan jenis UFS 3.0 iaitu 128GB atau 256GB.

Oppo Ace2 juga disertakan dengan pengecasan pantas 65E SuperVOOC 2.0 yang umum kepantasanya namun Oppo turut telah melengkapkan Ace2 dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar 40W AirVOOC yang Oppo dakwa mampu mencapai tahap 100% dalam masa 56 minit sahaja dan pad pengecasan ini dijual berasingan pada harga CNY 249.


Oppo Ace2 juga hadir dengan ColorOS 7.1, Wi-Fi 6 dan pengecasan berbalik 10W.

Oppo Ace2 akan hadir didalam tiga warna iaitu ungu, kelabu dan perak dengan harga penjualan dari CNY 3,999 (RM 2,452) bagi versi 8/128GB dengan versi 8/256GB ditawarkan pada haega CNY 4,399 (RM 2,698) manakala versi paling premium yang memiliki 12/256GB pula ditawarkan pada harga CNY 4,599 (RM 2,820).

Buat masa ini, Oppo Reno Ace2 hanya ditawarkan di pasaran China namun maklumat pelancaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.