Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6i Malaysia – Cip Pemproses MediaTek Helio G80 Berkuasa Tinggi


Pengesahan bahawa realme 6i akan memasuki pasaran Malaysia adalah sesuatu yang memang dinantikan pengguna.

Jika realme 6 menjadi telefon pintar pertama dalam pasaran yanghadir dengan cip pemproses MediaTek Helio G90, realme meneruskan rentak ‘Dare to Leap’ mereka pada realme 6i dengan menyertakan cip pemproses MediaTek Helio G80 sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama dalam pasaran menggunakan cipset ini.

MediaTek Helio G80

Sebagai telefon pintar pertama dengan cipset MediaTek Helio G80, realme 6i mempunyai kemampuan untuk menawarkan prestasi yang berkuasa tinggi, jauh lebih baik jika dibandingkan dengan telefon pintar yang dijual pada harga yang sama.

Cip pemproses octa-core MediaTek ini mempunyai kelajuan sehingga 2.0GHz yang mana prestasi single-core adalah 35% lebih baik manakala prestasi multi-core pula adalah 15% lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Prestasi Helio G80 pada realme 6i juga berjaya menerima mata melebihi 200,000 mata dalam ujian AnTuTu.

Unit pemprosesan grafik atau GPU yang disertakan bersama pemproses MediaTek Helio G80 ini adalah Mali G52 1000MHz yang menawarkan 25% peningkatan prestasi grafik. Hasilnya pengguna dapat menikmati kualiti imej dan kadar segar semula yang konsisten ketika gaming.

Teknologi MediaTek HyperEngine Game

realme 6i juga disertakan dengan teknologi MediaTek HyperEngine Game yang terdiri daripada enjin pengurusan sumber tenaga yang memastikan prestasi yang konsisten dan sesi permainan video yang lebih lama.

Dengan teknologi MediaTek HyperEngine Game ini, realme 6i mampu menawarkan prestasi gaming yang lebih lancar walaupun game yang memerlukan prestasi grafik tinggi dan pengurusan CPU, GPU dan memori berdasarkan faktor seperti prestasi peranti, termal dan cara permainan.

MediaTek HyperEngine Connectivity Enhancements

MediaTek HyperEngine Connectivity Enhancements pada realme 6i memastikan prestasi rangkaian yang konsisten dengan penawaran respon yang lebih pantas antara telefon pintar dan menara sel.

Teknologi ini juga menawarkan pembatalan panggilan masuk tanpa sedikit pun memberi kesan kepada sambungan data anda ketika gaming.


realme UI

realme 6i juga hadir dengan antaramuka realme UI yang berdasarkan Android 10. realme UI telah direka bentuk untuk menawarkan pengalaman yang hampir sama seperti Android yang asli.

Antaramuka realme UI ini telah mengambil kira citarasa dan astetik golongan muda yang merupakan pengguna utama telefon pintar realme.

Dengan pelbagai teknologi terbaru pada realme 6i, telefon pintar ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa apabila telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia pada 16 April ini.

Pastikan anda menonton siaran langsung majlis pelancaran realme 6i di Facebook realme Malaysia pada 16 April ini bermula jam 8.30 malam.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.