Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Honor 9X Pro pada 17 April kini secara online di Hihonor pada harga RM 999


Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa penjualan Honor 9X Pro yang dijadualkan akan bermula pada 17 April ini kini akan beralih kepada penjualan atas talian selepas tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Honor 9X Pro dengan harga penjualan RM 999 ini pada mulanya disahkan akan dijual melalui stor Honor Experiences Store (HES) di seluruh negara mahupun pengumuman terbaru kerajaan telah mengubah perancangan ini.

Beli Honor 9X Pro di Hihonor (mulai 17 April , 12 tengah malam).

Dengan pengumuman ini, Honor 9X Pro yang merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan AppGallery kini boleh dimiliki dari keselesaan rumah anda dengan pembelian di Hihonor.

Seperti diumumkan sebelum ini, setiap pembelian Honor 9X Pro ini juga akan menerima Honor Band 5i yang bernilai RM 119 secara percuma dan 50GB storan Huawei Cloud.

Beli Honor 9X Pro di Hihonor

Selain itu, Honor juga telah mengumumkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih efisen yang ditawarkan melalui pelbagai saluran rasmi seperti dibawah :

1. Hotline 1800-22-0086 (9pagi  – 9malam)

2. Live Chat (9pagi – 6petang)

3. Facebook (9pagi – 6petang)

4. WhatsApp +6012 685 5652 (9pagi – 6petang)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.