Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Play 4T Pro dan Play 4T kini rasmi dengan harga serendah RM 737

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar siri Honor Play yang terbaru iaitu Honor Play 4T dan Honor Play 4T Pro .

Honor Play 4T Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ dan terdapat sensor capjari dalam skrin selain kamera selfie 16MP pada takukan jenis waterdrop.

Honor Play 4T Pro Malaysia

Honor 4T Pro hadir dengan pemproses 7nm Kirin 810 yang dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB.

Beralih kepada kamera belakang, Honor Play 4T Pro hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri, Honor Play 4T Pro juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Harga penjualan Honor Play 4T Pro adalah seperti berikut :

Honor Play 4T Pro 6/128GB – CNY 1,499 (RM 921)

Honor Play 4T Pro 8/128GB – CNY 1,699 (RM 1,043)

Honor Play 4T Malaysia
Beralih kepada Honor Play 4T yang lebih murah, ianya hadir dengan skrin paparan IPS LCD HD+ dengan saiz skrin adalah sama seperti model Pro iaitu 6.3-inci manakala kamera selfie adalah 8MP.

Honor Play 4T hadir dengan pengunaan cip Kirin 710A yang disertakan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala bateri 4,000mAh pada Honor Play 4T hanya disertakan dengan pengecasan biasa.

Pada bahagian belakang, Honor Play 4T hadir dengan sensor utama 48MP dan satu sensor depth 2MP. Pada panel belakang terdapat juga sensor capjari.

Honor Play 4T akan hadir dengan harga penjualan CNY 1,199 atau sekitar RM 737 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.