Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

Huawei P40 Pro Malaysia Review

Ulasan Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

Pengenalan

Sejak pelancaran Huawei P9 sebagai telefon pintar dwi-kamera pertama didunia, Huawei seolah tidak lagi menoleh kebelakangan didalam aspek fotografi telefon pintar.

Pelancaran Huawei P9 pada tahun 2016 ini juga merupakan tahun pertama Huawei telah berkerjasama dengan Leica yang merupakan pengeluar kamera terkemuka dari Jerman.

Selepas P9, kerjasama antara Huawei dan Leica telah berterusan ke Siri Huawei P10, Siri Huawei P20, Siri Huawei P30 dan kini Siri Huawei P40.

Tidak seperti tahun sebelum ini, Huawei telah memperkenalkan tiga model utama didalam siri Huawei P40 iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro.

Huawei P40 hadir dengan tri-kamera Leica manakala Huawei P40 Pro memiliki quad-kamera Leica dan Huawei P40 Pro+ memiliki penta-kamera Leica.

Dengan Huawei P40 Pro+ hanya akan memasuki pasaran sekitar bulan Jun 2020, Huawei P40 dan Huawei P40 Pro kini telah dilancarkan di pasaran Malaysia masing-masing dengan harga penjualan RM 2,799 dan RM 3,899.

Kami telah menerima unit Huawei P40 Pro lebih awal untuk menguji dan memberikan ulasan kami tentang telefon pintar ini.

Dengan keadaan ekonomi yang sedang tenat akbiat wabak Covid-19, mampukah Huawei 40 Pro menyakinkan pengguna untuk menukar telefon pintar baru.

Baca lebih lanjut mengenai Huawei P40 Pro di bawah dan jangan lupa #stayathome

Huawei P40 Pro unboxing

Nyah-kotak Huawei P40 Pro (Video)

Huawei P40 Pro hadir didalam kotak pembungkusan berwarna putih yang mana perbezaan utama berbanding generasi lalu adalah penjenamaan Leica kini disertakan dengan penjenamaan AppGallery yang kini merupakan stor aplikasi rasmi bagi telefon pintar Huawei.

Skrin Paparan & Reka Bentuk

Apabila menyentuh sahaja mengenai reka bentuk, Huawei boleh dikatakan akan pengeluar telefon pintar yang memberikan keutamaan kepada penampilan sama seperti kepada prestasi peranti dan fotografi.

Huawei P40 Pro hadir dengan panel belakang dan hadapan yang berasaskan gelas dengan rangka aluminium diantara dua gelas ini dan ianya bukan rangka aluminium biasa.

Huawei P40 Pro hadir dengn skrin paparan yang melengkung di kedua-dua belah sisi yang mana ianya dikenali sebagai skrin paparan Quad-Curve Overflow yang dipadankan dengan ranga yang rata dibahagian sisi namun dengan bucu yang lebih tinggi untuk memberikan kekukuhan kepada peranti.

Huawei P40 Pro juga disertakan dengan pensijilan kalis dan habuk IP68 untuk ketenangan minda dari insiden tidak diingini.

Skrin paparan Quad-Curve Overflow adalah yang melengkung namun ianya masih mempunyai bezel yang nipis.

Skrin paparan Huawei P40 Pro adalah panel OLED 90Hz berukuran 6.58-inci dengan resolusi skrin 2640 x 1200 yang menawarkan kepadatan piksel 440ppi dan sokongan HDR10.

Ianya adalah merupakan telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan skrin yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan ianya tidak menurunkan resolusi untuk menikmati kadar segar semula ini.

Pada bahagian atas, anda pasti tidak terlepas pandang potongan yang besar dibahagian kiri atas skrin yang mana ianya menempatkan kamera kamera selfie 32MP, sensor ToF dan sensor IR (8MP) untuk tugas Face Unlock.

Anda boleh ‘menghilangkan takukan punch-hole’ ini dengan mengaktifkan fungsi menghitamkan ruangan atas ini dibahagian tetapan skrin.

Pengunaan skrin adalah memuaskan secara keseluruhanya dengan tahap penglihatan yang baik walaupun pada keadaan cahaya yang tinggi seperti dibawah matahari.

Bercakap mengenai aspek keselamatan peranti (biometrik), tidak lupa juga Huawei P40 Pro disertakan dengan sensor capjari terbina didalam skrin yang mempunyai saiz pengesanan yang lebih lebar dengan 30% lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Ada fakta yang mengatakan anda boleh meningkatkan kepantasan sensor ini dengan meletakkan lebih dari satu profil capjari yang sama namun pada Huawei P40 Pro, ianya tidak dapat dilakukan kerana sensor ini mampu mengesan duplikasi capjari yang sama.

Kembali kepada panel belakang, tiada kemasan gradiasi pada Huawei P40 Pro namun Huawei menawarkan dua warna dengan kemasan matte iaitu Blush Gold dan Frost White manakala tiga lagi warna yang berkilat adalah Deep Sea Blue, Ice White dan Hitam (hitam tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini).

Huawei P40 Pro Malaysia

Panel belakang Huawei P40 Pro juga menempatkan modul kamera Leica terbaru daripada syarikat ini yang mana ianya terbonjol keluar.

Panel dwi-tona ini hadir dengan kemasan garisan refleksi cahaya (pada sensor paling atas sahaja). Lebih lanjut mengenai kamera di bahagian kamera.

Huawei P40 Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu  Deep Sea Blue, Silver Frost dan Blush Gold.

Ukuran dimensi Huawei P40 Pro adalah 158.2 mm x 72.6 mm x 8.95 mm dengan berat hanya 209 gram yang menjadikanya sangat mudah digunakan dan dipegang kerana reka bentuk yang sangat kompak dan melengkung.

Pemproses

Siri Huawei P40 merupakan siri telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan sokongan 5G secara menyeluruh iaitu bagi ketiga-tiga model yang dilancarkan.

Menguasakan telefon pintar ini adalah pemproses Kirin 990 5G yang selain menyokong rangkaian generasi baru turut beroperasi pada kelajuan yang sedikit tinggi berbanding cip Kirin 990 4G.

Ianya adalah pemproses octa-core 7+nm yang memiliki 2 x Cortex-A76 berkelajuan 2.86 GHz + 2 x Cortex-A76 berkelajuan 2.36 GHz + 4 x Cortex-A55 berkelajuan 1.95 GHz.

Turut disertakan pada Huawei P40 Pro adalah GPU Mali-G76 dan telefon pintar ini turut dipadankan NPU yang mempunyai dua teras besar dan satu teras kecil.

Bagi pasaran Malaysia, Huawei P40 Pro hadir dengan 8GB RAM selain 256GB storan dalaman.

Prestasi keseluruhan Huawei P40 Pro adalah tanpa sebarang cacat cela dan ianya disertakan dengan EMUI 10 yang berasaskan Android 10.

Huawei AppGallery sebagai pengganti kepada Google PlayStore?

Tiada mengejutkan untuk diperkatakan bahawa telefon pintar Huawei yang baru kini tidak lagi menyokong ekosistem Google Mobile Services walaupun ianya masih berasaskan Android.

Penggantungan lesen Android oleh Google atas arahan Kerajaan Amerika Syarikat sejak tahun lalu telah menyebabkan Huawei mengeluarkan alternatif mereka yang tersendiri iaitu Huawei Mobile Services.

Jutaan koleksi aplikasi pada Google Play Store kini tidak lagi boleh diakses oleh pengguna Huawei P40 Pro dan sebagai pilihan utama, Huawei AppGallery  sudah mula dibanjiri dengan aplikasi rasmi seperti pada Google Play Store.

Jika tiada pada AppGallery, Huawei juga membenarkan anda memuaturun secara terus dari laman rasmi syarikat itu sebagai contoh aplikasi WhatsApp dan Facebook namun status penawaran kemaskini dari semasa ke semasa masih menjadi tanda tanya.

Bagi aplikasi Android yang lain dan tiada didalam AppGallery, anda boleh memuaturunya melalui kaedah stor aplikasi pihak ketiga seperti ApkPure ataupun Amazon AppStore yang menawarkan anda versi terkini aplikasi Android ini selain kemaskini dari semasa ke semasa.

Pelbagai aplikasi popular di Malaysia boleh digunakan pada Huawei P40 Pro

Pada Amazon AppStore kami juga telah menemui aplikasi Videos For YouTube dan Tube yang membenarkan anda menonton semua video koleksi video YouTube seperti pada peranti yang mempunyai GMS (tidak ‘full screen’) . Bagi kanak-kanak, anda mungkin boleh memuaturun aplikasi Kids For YouTube.

ApkPure pula boleh juga dimuaturun sebagai alternatif kepada Google PlayStore yang mampu memenuhi keperluan aplikasi Android anda dan didalam stor ini, terdapat penawaran kemaskini dari semasa ke semasa.

Ketahui cara muat turun pelbagai aplikasi Android kegemaran anda di sini

Selain itu, Huawei juga telah memperkenalkan bantuan suara Celia yang buat masa sekarang hanya ditawarkan dibeberapa pasaran dengan fungsi yang masih terhad.

Huawei P40 Pro

Selain itu, dengan kemaskini EMUI 10.1, Huawei akan turut membawa fungsi panggilan video ( resolusi 1080p) MEETime yang menawarkan fungsi panggilan video melalui internet antara peranti Huawei dan terdapat juga sokongan perkongsian skrin.

Lebih menarik, Huawei dilihat mempunyai perancangan untuk menawarkan aplikasi ini untuk dimuat turun oleh pengguna telefon pintar Android yang lain.

Huawei Share 

Huawei Share membolehkan perhubungan antara telefon pintar Huawei P40 Pro ini dengan peranti Huawei yang lain termasuk Huawei MateBook dan Huawei MatePad Pro. Dengan Huawei Share, anda boleh berkongsi gambar, video, dokumen dan banyak lagi antara satu peranti ke satu peranti yang lain.

Huawei P40 Pro Cooling System

Teknologi Penyejukan

Bercakap mengenai penyejukan terma, Huawei P40 Pro dilengkapi dengan teknologi 3D Graphene Liquid Cooling yang terdiri daripada satu filem Graphene yang diletakkan berhampiran dengan sumber haba untuk penyejukan yang efektif. Selain itu, penyejukan ini juga dibantu oleh ruang wap ultra-nipis yang 100% lebih efisen berbanding paip wap yang sama.

Sepanjang tempoh kami menggunakan Huawei P40 Pro ini, jarang sekali kami berdepan isu pemanasan pada panel belakang dan ini mungkin disebabkan oleh teknologi penyejukan yang dibekalkan pada telefon pintar flagship Huawei ini.


Kamera

Seperti sudah sinonim dengan siri telefon pintar Huawei P, setiap generasi telefon pintar ini membawakan pakej kamera yang lebih baik berbanding sebelumnya dan ini juga merupakan aspirasi Huawei pada model Huawei P40 Pro.

Huawei P40 Pro hadir dengan teknologi quad-kamera Leica atau nama pemasaran Ultra Vision Leica Quad Camera.

Sensor utama pada tetapan kamera Ultra Vision ini adalah sensor 50MP Quad-Bayer RYYB. Sensor Y atau Yellow membolehkan sensor ini mengambil 40% lebih cahaya berbanding sensor RGGB dan hasilnya adalah gambar low-light yang lebih berkualiti.

Huawei P40 Pro juga dilengkapi dengan sensor lebar yang mengagumkan iaitu Sensor Ultra Wide Cine 40MP dengan aperture f/1.8 selain satu sensor sensor periskop RYYB 8MP yang menawarkan 5x zoom optikal dan sehingga 50x zoom digital ( mod pengambilan gambar bulan disokong pada Huawei P40 Pro). Pakej Huawei P40 Pro ini juga dilengkapi dengan sensor ToF untuk maklumat kedalaman gambar atau depth.

Huawei GoldenSnap

Telefon pintar Huawei telah terkenal dengan kehebatan fotografi sejak syarikat ini berganding dengan Leica dan Huawei P40 Pro tidak terkecuali.

Keunggulan Huawei didalam mod fotografi malam sememangnya tiada tandingan dan Huawei P40 Pro mengukuhkan lagi kedudukan telefon pintar Huawei sebagai yang terbaik didalam fotografi malam atau low-light.

Satu ciri yang mencuri tumpuan pada siri Huawei P40 adalah Huawei GoldenSnap. Ianya adalah satu ciri tambahan yang membolehkan gambar yang diambil diedit ke tahap yang tidak pernah ditawarkan pada telefon pintar sebelum ini.

AI Best Moment adalah ciri gambar yang memberikan anda gambar yang terbaik daripada beberapa gambar yang diambil sebelum dan selepas anda menekan butang ‘shutter’, ciri amat berguna ketika anda mengambil gambar aksi sukan, kanak-kanak kecil atau objek yang bergerak.

AI Remove Passerby adalah ciri yang menarik dimana ianya mampu membuang subjek yang secara tidak diduga lalu ketika anda mengambil gambar. Fungsi ini sudah pastinya berguna ketika anda mengambil gambar ditempat-tempat menarik ketika melancong yang sudah pastinya dibanjiri pelancong.

AI Remove Reflection adalah fungsi yang memadam refleksi cahaya atau bayang-bayang anda pada gambar dengan mudah.

Kesemua ciri ini dapat digunakan apabila anda telah mengaktifkan mod ‘moving picture’ dan gambar ini boleh diedit dibahagian galeri gambar.

Kamera selfie Huawei P40 Pro adalah unit 32MP yang kini hadir dengan pemfokusan auto dan untuk meningkatkan kualiti depth kamera selfie ini, Huawei juga telah menyertakan satu unit kamera depth IR.

Huawei P40 Pro Malaysia

IR atau Infra merah berfungsi sebagai sensor pengecaman wajah dan ianya juga memberikan fungsi navigasi tanpa sentuhan iaitu Air Gestures.

Hasil kamera selfie Huawei P40 Pro tidak perlu dipersoalkan dengan kualiti gambar yang diambil sangat seperti apa yang anda mahu dan terdapat juga sokongan AI untuk pencantikkan wajah.

Potrait pada Huawei P40 Pro kini satu tahap lebih baik berbanding sebelum ini dan Night Potrait dan Backlit Potrait adalah yang terbaik dipasaran.

Dengan penawaran sensor periskop, pengzooman jarak pada Huawei P40 Pro adalah lebih baik berbanding generasi dahulu. Pengzooman optik kini sehingga 5x manakala pengzooman hibrid 10x dengan pengzooman maksima adalah 50x.

Video

Sejak Siri Huawei P30, syarikat ini telah mula memberikan fokus yang lebih untuk memperbaiki pengalaman pengambilan video pada telefon pintar.

Dengan pengunaan kamera ultra wide cine, Huawei P40 Pro menawarkan teknologi pengambilan video yang terbaik pada telefon pintar dan dengan ISO 51200, video didalam keadaan ‘low-light’ juga ternyata lebih berkualiti.

Antara fungsi video yang turut disertakan pada Huawei P40 Pro adalah mod video gerak perlahan  yang mempunyai tiga kadar bingkai iaitu 960fps, 1920 fps dan 7680fps.

Ketika membuat video, fungsi zoom mungkin digunakan dan Huawei P40 Pro kini juga menyokong teknologi audio zoom yang meningkatkan bunyi apbila zoom dilakukan dan pada masa sama menapis gangguan bunyi latar belakang.

Bateri

Huawei P40 Pro hadir dengan pakej bateri yang sama seperti Huawei P40 Pro+ iaitu sel berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huawi SuperCharge 40W.

Berdasarkan ujian pengecasan yang dijalankan, Huawei P40 Pro mampu mencapai tahap 80% pengecasan didalam masa sekitar 30 minit manakala pengecasan dari 0 ke 100% mengambil masa sekitar 50 minit sahaja.

Bagi menjaga kualiti bateri, Huawei P40 Pro juga menyokong teknologi pengecasan pintar akan yang mana apabila peranti akan menganalisa corak pengunaan anda dan apabila pengecasan dilakukan pada waktu malam, ianya akan mengurangkan kelajuan pengecasan namun akn mencapai tahap 100% apabila anda mahu menggunakanya di pagi hari.

Seperti biasa, jangka hayat bateri sesuatu peranti adalah bergantung kepada corak pengunaan anda namun Huawei P40 Pro mampu memberikan pengunaan sepanjang hari sebelum perlu mengecas semula pada waktu malam.

Penutup

Huawei P40 Pro telah membuktikan bahawa kekurangan dari segi ketiadaan Google Mobile Services (GMS) boleh diubati dengan pelbagai perkhidmatan terbaru Huawei sendiri dan terdapat pelbagai alternatif yang disediakan oleh Huawei untuk anda menikmati pengalaman Android pada telefon pintar ini.

Selain dari itu, kebolehan kamera yang dimiliki Huawei P40 Pro telah membuktikan ianya adalah telefon pintar dengan kamera terbaik di pasaran yang mungkin hanya akan diatasi oleh Huawei P40 Pro+.

Huawei P40 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 3,899 dan pra-tempah sekarang untuk menikmati pelbagai hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 1,300.

HUAWEI online shop

Stor flagship HUAWEI di Lazada

 Celcom-Store : Pra-tempah Huawei P40 Pra-tempah Huawei P40 Pro

SenghengSenQ

Gambar-gambar yang diambil melalui Huawei P40 Pro 

Disebabkan PKP, kami tidak dapat mencuba pengambilan gambar yang lebih meluas untuk mempamerkan kehebatan kamera Huawei P40 Pro dan disebabkan itu kami turut berkongsi beberapa gambar yang diambil oleh juru gambar profesional menggunakan telefon pintar ini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.