Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer Riba Honor MagicBook habis dijual dalam masa 15 minit- penjualan fasa kedua bermula sekarang


Seperti diumumkan ketika pelancaran Honor Intelligent Lifestyle, Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa penjualan komputer riba pertama mereka di pasaran tempatan iaitu Honor MagicBook akan mula dijual pada 8 April 2020 tepat jam 12 tengah malam.

Penjualan Honor MagicBook dengan harga RM 2,299 ini telah bermula tepat pada waktunya dan selang 15 minit kemudian kesemua stok bagi komputer riba ini telah habis dijual.

Lebih menarik adalah penjualan Honor MagicBook ini di platform Hihonor dan Shopee hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk habis manakala stok oleh stor atas talian Sengheng dan SenQ mengambil masa 15 minit.

Setiap pembelian Honor MagicBook ini juga menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 1,017 iaitu termasuk Honor MagicWatch 2, tetikus Bluetooth tanpa wayar dan beg komputer riba Honor.

Honor MagicBook Malaysia

Honor MagicBook 14” kini di Malaysia – apa yang anda perlu tahu

Bagi anda yang terlepas fasa pertama penjualan komputer riba Honor ini, fasa kedua kini telah bermula di Sengheng dan SenQ dengan hadiah percuma yang ditawarkan adalah Honor Band 5 Sport, tetikus Bluetooth tanpa wayar dan beg komputer riba Honor.

Selain itu, pembelian Honor MagicBook di Shopee mulai hari ini ( di Hihonor mulai 15 April) akan menerima Honor Band 5i, tetikus Bluetooth tanpa wayar dan beg komputer riba Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.