Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme dinobatkan sebagai jenama telefon pintar paling laris di 4.4 Shopee Brands Festival


realme Malaysia meneruskan pertumbuhan positif mereka dipasaran Malaysia dengan memecahkan beberapa rekod sempena penjualan 4.4 Shopee Brands Festival terutamanya pada realme Brand Day pada 2 April 2020.

Pada 2 April, realme telah dinobatkan sebagai telefon pintar paling laris di Shopee dengan realme 5 Pro menjadi model paling banyak dibeli manakala realme C3 menjadi telefon pintar kelas-entry level yang paling banyak terjual.

Pencapaian realme ini adalah lebih memberangsangkan walaupun negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak pandemik Covid-19.

Dengan kerjasama rakan e-perdagangan seperti Shopee, pembelian telefon pintar adalah lebih dan selamat didalam tempoh seperti ini.

Selain itu, realme 5 (3/32GB) dan realme 5s (4/128GB) juga telah kehabisan stok ketika penjualan 4.4 Shopee Brands Festival.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.