Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Huawei P40, Tablet MatePad Pro dan Watch GT2e dilancarkan di Malaysia 2 April ini

Huawei p40 malaysia launch
Selepas beberapa hari membuka pendaftaran minat bagi siri Huawei P40, Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar ini akan berlangsung esok 2 April 2020 (jam 6 petang).

DxoMark sahkan Huawei P40 Pro sebagai peranti dengan kamera terbaik dipasaran – 128 mata

Majlis pelancaran yang akan diadakan esok ini bukan hanya akan menyaksikan penawaran Huawei P40 dan Huawei P40 Pro di Malaysia ianya akan turut disertakan dengan pelancaran tablet Huawei MatePad Pro dan Huawei Watch GT2e.

Majlis pelancaran ini nampaknya akan mendapat liputan yang sangat meluas iaitu turut akan disiarkan di pelbagai saluran televisyen tempatan, akaun media sosial rasmi Huawei Malaysia, akaun media sosial penjual rasmi dan banyak lagi.

Selain daripada pelancaran tiga produk utama seperti di atas, Huawei Malaysia juga akan mendedahkan maklumat mengenai perkhidmatan selepas jualan Huawei Care dan pelan kemajuan AppGallery di Malaysia yang kini amat penting susulan daripada penggantungan lesen oleh Google yang menghalang Huawei daripada menggunakan GMS (Google Mobile Services).

Siaran Langsung Majlis pelancaran Siri Huawei P40, Huawei MatePad Pro dan Huawei Watch GT2e turut boleh ditonton di akaun facebook MobileFokus.

Huawei MatePad Pro bakal memasuki pasaran Malaysia – apa yang anda perlu tahu mengenai pencabar iPad Pro ini

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan

Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ kini rasmi dengan teknologi kamera penta kamera terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.