Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Play 9A kini rasmi dengan harga penjualan serendah RM 547 sahaja


Selain Honor 3S, Honor nampaknya juga memperkenalkan lagi telefon pintar bajet iaitu Honor Play 9A yang hadir dengan bateri 5,000mAh.

Honor 9A memiliki skrin paparan LCD 720p+ berukuran 6.3-inci dengan takukan teardrop yang menempatkan kamera selfie 8MP.

Pada bahagian belakang, terdapat sensor kamera utama 13MP yang digandingkan bersama sensor depth 2MP dan terdapat juga sensor capjari dibahagian belakang.


Honor Play 9A dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P35 yang memiliki 8 CPU Cortex-A53 + GLU PowerVR GE8320, 4GB RAM, 64/128GB storan dalaman dan antaramuka Magic UI 3.0.1 yang berasaskan Android 10.

Honor 7A juga disertakan dengan bateri 5,000mAj yang menawarkan pengecasan pantas 10W namun masih dengan slot microUSB dan terdapat juga bicu audio 3.5mm serta FM radio.

Honor 7A turut hadir dengan teknologi audio Histen 6.0, dwi-SIM 4G/VoLTE,

Honor Play 9A kini sudah dibuka untuk pra-tempahan iaitu pada harga CNY 899 (RM 547) bagi versi 64GB atau CNY 1,199 bagi (RM 730) versi 128GB.

Honor 7A akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Night Black, Blue Emerald dan Jasper Green.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat penjualan ke pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.