Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DxoMark sahkan Huawei P40 Pro sebagai peranti dengan kamera terbaik dipasaran – 128 mata


Siri Huawei P40 yang baru dilancarkan baru-baru telah hadir dengan teknologi kamera yang boleh dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik dipasaran setakat ini.

Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ kini rasmi dengan teknologi kamera penta kamera terbaik dipasaran

Walaubagaimanapun sehingga ianya diktiraf oleh syarikat profesional seperti DxoMark, semuanya pasti diragui.

Seperti diduga, Huawei P40 Pro telah melalui ujian kamera DxOMark dan telefon pintar ini telah menolak semua model telefon pintar untuk terus melonjak ke tangga pertama dengan 128 mata.


Ini menjadikan Huawei P40 Pro sebagai telefon pintar kamera terbaik dipasaran jauh mengatasi Xiaomi Mi 10 Pro dan Oppo Find X2 Pro yang masing-masing menerima 124 mata.

Hasil ujian ini, DxOMark juga telah menyenaraikan kelebihan kamera telefon pintar ini antaranya ialah :

  • jarak dinamik yang lebar
  • ketelitian gambar jarak sederhana dan jarak jauh
  • Pemfokusan auto yang pantas dan konsisten dalam semua keadaan penggambaran
  • Jumlah ‘exposure’ yang tepat pada waktu malam
  • Mod bokeh yang sempurna

Selain itu, Huawei P40 Pro juga telah melalui ujian kamera selfie dan ianya juga telah terus melonjak ke tangga pertama dengan 103 mata mengatasi Huawei Nova 6 5G dengan 100 mata.

Buat masa ini, Huawei P40 Pro belum melalui ujiam audio DxOMark.

Selain itu, Huawei P40 dan Huawei P40 Pro+ masih belum mendapat sebarang ulasan dari pihak DxOMark namun potensi kamera yang dimiliki kamera ini sudah pasti mampu akan membawa model ini ke tangga pertama apabila ianya memasuki pasaran pada bulan Jun 2020.

sumber| sumber 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.