Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan 11
Selain pelancaran Siri Huawei P40, Huawei juga telah menggunakan pentas pelancaran telefon pintar ini untuk mengumumkan beberapa lagi produk Huawei.

Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ kini rasmi dengan teknologi kamera penta kamera terbaik dipasaran

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan 12

Huawei Watch GT2e

Ianya adalah satu lagi versi jam pintar Watch GT2 namun dengan reka bentuk yang lebih ‘muda’ namun masih mengekalkan jangka hayat bateri sehingga 2 minggu.

Watch GT2e hadir dengan reka bentuk keluli tahan karat dengan bezel corak radial dan dilengkapi dengan cip Kirin A1.

Watch GT2e hadir dengan skrin paparan AMOLED 1.39-inci dengan resolusi gred Retina, 100 aktiviti sukan, kalis air 50m, bacaan degupan jantung berterusan, bacaan kadar saturasi oksigen dalaman darah SpO2 dan pelbagai bacaan data kesihatan yang penting.

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan 13

Huawei Watch GT2e akan pada harga €199 (RM 950).

Huawei turut memperkenalkan Watch GT2 Champagne Edition 42mm yang akan ditawarkan pada harga €229 (RM 1,093) bagi warna frosty white dan €249 (RM 1,188) bagi warna Chestnut Red.

Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan 14Huawei Watch GT2e dengan reka bentuk sporty turut dilancarkan 15

Huawei juga memperkenalkan spekaer AI Sound X yang dibangunkan bersama Devialet, Huawei X Gentle Monster koleksi Spring/Summer 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.