Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad Pro bakal memasuki pasaran Malaysia – apa yang anda perlu tahu mengenai pencabar iPad Pro ini


Selepas pelancaran Huawei Siri P40 malam tadi, pasti ramai yang menantikan pelancaran telefon pintar ini di Malaysia.

Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ kini rasmi dengan teknologi kamera penta kamera terbaik dipasaran

Selain itu, Huawei juga bakal membawa masuk tablet terbaik Android ke pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad Pro tidak lama lagi.

Huawei MatePad Pro yang dianggap sebagai pencabar terdekat kepada iPad Pro akan hadir dengan prestasi kelas flagship dan reka bentuk premium yang tiada tandingan di pasaran.

Huawei MatePad Pro akan hadir dengan pelbagai ciri futuristik yang pasti akan membuat pengguna kagum dengan kehebatan tablet ini.

Berikut adalah lima sebab kenapa Huawei MatePad adalah sesuatu yang patut anda miliki :

1. Reka Bentuk Paling Terkini Didalam Industri

Direka bentuk sebagai lambang kepada tablet masa hadapan, Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin paparan 16:10 berukuran 10.8-inci dalam rangka ultra-slim. Ianya juga memiliki nisbah skrin kepada rangka yang paling tinggi pada tablet iaitu 90% dengan sisi bezel 4.9mm.


Pengunaan aloi magnesium memastikan tablet ini ringan namun pada masa yang sama tahan lasak. Ianya hadir didalam 4 warna yang berinspirasikan alam semula iaitu 2 warna dengan panel kulit vegan (Forest Green dan Orange) selain dua lagi warna yang berasaskan gelas gentian (Pearl White dan Midnight Grey).

2. Berkerja atau Bermain Dengan Pintar

Dengan skrin paparan 10.8-inci, Huawei MatePad Pro mempunyai ruang skrin yang mencukupi untuk anda menunjukkan kreativiti ataupun untuk menyiapkan kerja anda. Huawei MatePad Pro hadir dengan sokongan Multi-Window yang memberikan anda kemudahan multi-tasking.

Fungsi App-Multiplier juga sangat berguna untuk digunakan pada orientasi yang sesuai kerana tidak semua aplikasi menyokong mod landskap tablet.

Huawei Share juga membawa perhubungan antara peranti ke tahap yang baru yang membolehkan kolaborasi antara telefon pintar dan tablet pada fungsi ‘Multi-Screen Collaboration’ yang membolehkan kedua peranti dikawal pada satu peranti.

3. Perhubungan yang berguna dengan MEETime

Huawei membawakan dimensi baru didalam industri panggilan video dengan memperkenalkan MEETime, teknologi eksklusif Huawei yang akan mula memasuki pasaran buat kali pertama.

Pengguna juga boleh berkongsi skrin mereka ketika panggilan selain melakukan nota dan pengeditan pada masa yang sama. Pastikan anda mempunyai sambungan WiFi atau LTE sebelum mencari kenalan yang telah mengaktifkan fungsi MEETime dan teruskan interaksi.

4. Hiburan Imersif yang tiada tandingan

Huawei MatePad Pro dilengkapi dengan skrin paparan 2K QHD berukuran 10.8-inxi yang mempunyai resolusi 2560 x 1600 dengan sokongan warna gamut sinematik DCI-P3 yang menawarkan kepadatan piksel 280ppi.

Panel skrin ini telah dibangunkan untuk menawarkan pengalaman sinematik dalam masa yang sama memaparkan kesemua kandungan didalam ketelitian dan warna yang vibrant.

Teknologi Huawei ClariVu Display Enhancement turut disertakan dan fungsi ini telah dioptimasikan untuk permainan video, pelayaran imej dan senario gaming selain fungsi Mod Eye Comfort mengikut keperluan pengguna.

Pengalaman audio pada Huawei MatePad Pro juga setanding Home Theatre khususnya dengan speaker yang di-tala Harmon Kardon dan mikrofon 5-kapsul.

5. Prestasi Gergasi

Pemproses Kirin 990 yang digunakan sebagai teras kepada Huawei MatePad mempunyai kebolehan untuk melakukan semua tugas produktiviti dan aplikasi hiburan. Ianya turut disertakan dengan 8GB RAM dan 256GB ROM.


Selain itu, Huawei MatePad Pro juga disertakan dengan bateri berkapasiti 7,250mAh bateri yang disertakan dengan pengecasan pantas 20W secara percuma dan terdapat juga sokongan Huawei Super Charge 40W. Ianya juga menjadi tablet pertama untuk menyokong pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik ‘reverse charging’.

Dengan kesemua ciri-ciri menarik ini, Huawei MatePad Pro berada didalam landasan untuk menjadi tablet terbaik yang boleh dan pernah ditawarkan oleh Huawei.

Harga penjualan Huawei MatePad Pro di Malaysia belum diumumkan buat masa ini.

Maklumat lanjut mengenai Huawei MediaPad Pro boleh diketahui di Facebook Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.