Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendapatan Xiaomi pada tahun 2019 adalah RM 125 bilion


Xiaomi hari ini telah mengumumkan laporan kewangan yang telah diaudit bagi tempoh yang berakhir 31 Disember 2019.

Pada tahun 2019, Xiaomi telah mencapai pertumbuhan yang kukuh didalam semua segmen perniagaan. Buat kali pertama didalam sejarah syarikat, pendapatan syarikat telah melebih angka RMB200 bilion dengan RMB205.8 bilion atau sekitar RM 125 bilion.

Ini adalah peningkatan sebanyak 17.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan keuntungan bersih RMB11.5 bilion yang mana ianya adalah peningkatan 34.8% berbanding tahun 2018.

Pada suku keempat 2019, pendapatan keselurahan Xiaomi meningkat sebanyak 27.1% ke RMB56.5 bilion dengan keuntungan bersih naik 26.5% ke RMB2.3 bilion.

Bercakap mengenai prestasi Xiaomi di Malaysia, syarikat ini telah menjadi jenama telefon pintar paling laris di penjualan Lazada 8th Birthday Sale (berdasarkan unit yang terjual).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.