Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A71 – peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship

Samsung Galaxy A71 MalaysiaPengenalan

Secara tradisinya, Samsung akan memulakan kitaran produk baru dengan pelancaran telefon pintar siri Galaxy A pada awal tahun dan tahun ini juga tiada bezanya.

Samsung seperti sudah mengikut jejak langkah pengeluar telefon pintar Android yang lain dengan melancarkan generasi baru telefon pintar lebih kerap tanpa menunggu sehingga tempoh maksima 12 bulan.

Selepas pelancaran Galaxy A70s beberapa bulan lalu, Samsung kini secara rasminya telah membawa masuk Samsung Galaxy A71 ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,799.

Samsung Galaxy A71 ini telah tiba ke meja ulasan kami dan ini memberikan kami mengulas lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh  telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 29
Reka Bentuk

Apabila bercakap mengenai reka bentuk, perkara pertama yang akan terlintas pada fikiran adalah skrin paparan yang dimiliki telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 30

Samsung Galaxy A71 hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.7-inci yang mana ianya adalah panel Infinity-O.

Panel Infinity-O yang digunakan pada Samsung Galaxy A71 ini bukanya sesuatu yang baru pada siri Galaxy A ini dan bermaksud potongan pada skrin adalah dibahagian tengah atas skrin.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 31

Sedikit mengecewakan adalah potongan untuk menempatkan kamera pada Galaxy A71 ini dikatakan lebih besar apabila dibandingkan dengan Galaxy A51 namun harus juga dimaklumkan bahawa Galaxy A71 hadir dengan panel Super AMOLED Plus yang lebih nipis dan ringan.

Panel Super AMOLED Plus yang digunakan pada Samsung Galaxy A71 juga membawakan resolusi FHD+ 1080 x 2400 dengan kepadatan piksel adalah iaitu 393 ppi dan terdapat juga sensor capjari terbina pada skrin.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 32

Samsung Galaxy A71 hadir dengan ukuran dimensi 163.6 x 76 x 7.7mm dan mempunyai 179g yang menjadikan telefon pintar yang sesuai untuk pengunaan satu tangan namun bagi yang mempunyai tangan yang kecil, ianya mungkin sedikit sukar.

Pada bahagian kanan terdapat butang kuasa dan bunyi manakala dibahagian bawah terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 33

Pada panel belakang, Samsung Galaxy A71 memiliki reka bentuk dengan kesan Prism yang baru sama seperti pada Galaxy A51 dan ini hadir memberikan sedikit kelainan dan keunikkan berbanding siri Galaxy A yang lain.

Reka bentuk kamera pada Galaxy A71 juga dilihat mirip Samsung Galaxy S20 yang menimbulkan persoalan siapa yang tiru siapa (gurau je 😜).

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 34

Pemproses

Samsung Galaxy A71 hadir dengan pemproses octa-core daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 730 yang berasaskan pemproses 8nm.

pemproses ini dipadankan dengan 8GB RAM iaitu kapasiti tertinggi ditawarkan bagi telefon pintar ini dan terdapat 128GB storan dalaman dengan hanya 106.1GB storan yang boleh diakses oleh pengguna.

Untuk kehidupan masa kini, 100GB adalah sesuatu yang tidak mencukupi dan untuk itu. Samsung Galaxy A71 turut hadir dengan slot microSD yang menyokong tambahan 512GB memori.

Prestasi grafik Galaxy A71 adalah memadai walaupun tidak sempurna, pengunaan Adreno 618 memastikan setiap aplikasi permainan disokong oleh telefon pintar terbaru Samsung ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 35

Kamera

Salah satu tarikan utama pada Samsung Galaxy A71 adalah kameranya yang mana ianya adalah tetapan quad-kamera dengan sensor utama adalah 64MP f/1.8

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 36
Tugas fotografi Galaxy A71 tidak hanya bergantung kepada sensor ini, ianya turut disertakan dengan sensor ultra wide 120° 12MP dan dua sensor 5MP yang masing-masing merupakan sensor makro dan depth.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 37

Secara keseluruhanya, Samsung Galaxy A71 memberikan hasil gambar yang baik lebih-lebih lagi apabila menggunakan sensor utama dan kebanyakkan mod kamera yang ditawarkan pada siri flaghsip juga dibawa kepada siri Galaxy A71 ini yang lebih mampu milik.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 38

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 31

Kamera selfie Samsung Galaxy A71 juga tidak kurang baiknya, ianya disertakan dengan kamera selfie 32MP. Semua fungsi selfie seperti pada telefon pintar flagship Samsung juga ditawarkan pada telefon pintar Samsung ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 40

Bateri

Samsung Galaxy A71 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 25W yang mampu memberikan pengecasan ke tahap 50% dalam masa 30 minit sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 41

Ketahanan bateri pada Galaxy A71 adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan kerana dengan pengunaan pemproses Snapdragon 730, jangka hayat bateri dijangka mampu mencapai sehingga dua hari pengunaan namun bergantung kepada cara pengunaan.

ULASAN : Samsung Galaxy A71 - peranti mampu milik dengan pelbagai ciri kelas flagship 42

Penutup

Sebagai telefon pintar mampu milik Samsung, pujian harus diberikan kepada syarikat gergasi Korea ini kerana mampu membawakan pelbagai ciri kelas flagship pada telefon pintar seperti Galaxy A71.

Dengan harga penjualan RM 1,799, Samsung Galaxy A71 adalah antara telefon pintar yang patut dipertimbangkan namun dengan kebanjiran banyak model yang lebih kompetitif pada tahap harga ini, Samsung Galaxy A71 akan menghadapi persaingan yang sengit.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.