Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme anjurkan pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP

realme anjurkan pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP 7
realme Malaysia telah mengadakan kempen
#stayREALathome yang memastikan rakyat Malaysia selamat didalam rumah dan terhibur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di Malaysia.

realme anjurkan pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP 8

Cabaran pertama yang dianjurkan oleh realme Malaysia iaitu #pyjamaschallenge telah mendapat sambutan yang baik dengan 300 lebih penyertaan didalam masa 3 hari sahaja. 5 pemenang bertuah akan memenangi satu unit realme 6 dengan hanya memuat naik gambar mereka di rumah dengan pakaian pyajamas. Cabaran ini akan berakhir hari ini.

Dengan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April 2020, realme telah memutuskan untuk mengembangkan lagi cabaran ini kepada 3 lagi cabaran baru iaitu #NoodleforREAL, #SwagforREAL dan #ExerciseforREAL untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur.

realme anjurkan pelbagai cabaran sepanjang tempoh PKP 9

Berikut adalah mekanisma cabaran yang dianjurkan realme :

#NoodleforREAL

Anda hanya perlu menunjukkan kemahiran memasak mi didalam cara yang paling kreatif dan muat naik ke akaun Instagram dengan hashtag #NoodleforREAL untuk memenangi baucar GrabFood bernilai RM 30 dengan 30 pemenang akan dipilih. Cabaran ini akan berlangsung dari 25 Mac hingga 31 Mac 2020.

 #SwagforREAL

Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dan cantik didalam rumah, muatnaik gambar tersebut ke akaun Instagram dengan hashtag  #SwagforREAL. Sebanyak 30 pemenang akan dipilih untuk memenangi baucar GrabFood bernilai RM 30. Cabaran ini akan bermula dari 28 Mac sehingga 1 April 2020.

 #ExerciseforREAL

Memastikan kesihatan dan tahap kecergasan yang tinggi didalam rumah adalah sesuatu yang sukar. Walaubagaimanapun anda disarankan untuk melakukan senaman dan aktiviti kecergasan sepanjang tempoh PKP ini. realme mahu anda berkongsi video tips senaman atau kecergasan anda dengan hashtag #ExerciseforREAL. Bagi 30 video yang paling kreatif, anda akan berpeluang memenangi baucar GrabFood bernilai RM 30 dan peraduan ini akan berlangsung dari 30 Mac sehingga 3 April 2020.

Maklumat lanjut sila lihat di akaun Instagram realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.