Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9S akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac ini

Xiaomi Redmi Note 9S akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac ini

Sebelum ini pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Redmi Note 9S akan dilancarkan di Malaysia pada 23 Mac ini dan kini lebih banyak maklumat memgenai pelancaran ini dikeluarkan.

Redmi Note 9S akan dilancarkan pada jam 8 malam dengan penampilan pertama oleh Nicholas Shi yang merupakan pengurus Xiaomi di Malaysia dan Singapura.

Lebih menarik, Malaysia akan menjadi pasaran pertama didunia untuk menerima Redmi Note 9S dan dengan pengumuman ini, kita mungkin menyaksikan perbezaan telefon pintar dengan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro.

Walaupun terdapat kemungkinan hadir dengan spesifikasi dalaman yang berbeza, Redmi Note 9S dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang luaran yang sama seperti Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max.

Apa pun segala persoalan mengenai Redmi Note 9S ini bakal terjawab didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Xiaomi Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max kini rasmi dengan harga serendah RM 746 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.