Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate Xs kini ditawarkan pada harga RM 11,111 dengan penghantaran VIP Delivery eksklusif

Huawei Mate Xs Malaysia
Dengan pengkuatkuasaan perintah kawalan pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini, Huawei telah mengambil inisiatif berbeza didalam memastikan pengguna dapat menikmati pembelian telefon pintar foldable 5G pertama di Malaysia yang akan dijual pada 20 Mac ini.

Huawei akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran Huawei VIP Home Delivery yang akan memastikan pengguna menerima Huawei Mate Xs mereka di hadapan rumah tanpa perlu melanggar sebarang peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaaan .

Pengguna juga boleh memilih untuk mengambil Huawei Mate Xs di store Huawei yang berdekatan selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan.

Huawei Mate Xs Malaysia

Penghantar barang yang dilantik Huawei ini juga akan memakai topeng muka ketika penghantaran dan akan menghubungi pelanggan sebelum sampai ke alamat penghantaran.

Untuk memastikan keselamatan pengguna lagi, kotak pembungkusan ini akan disanitasi dihadapan pelanggan sebelum diserahkan.

Setiap pembelian Huawei Mate Xs ini juga akan menerima satu kali penggantian skrin percuma didalam tiga bulan pertama namun tertakluk kepada syarat tertentu.

Selain daripada waranti penggantian skrin ini, setiap pembelian Huawei Mate Xs akan turut menerima Huawei FreeBuds bernilai RM 679 dan bekas kulit Envelope Huawei Mate Xs yang bernilai RM 299.

Jika anda belum sedia maklum, Huawei Mate Xs akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 11,111.

Covid-19 : perintah kawalan pergerakan bermula – 5 langkah yang patut lakukan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.