Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 akan hadir dengan reka bentuk gelas 3D premium

Vivo sebelum ini telah mengesahkan bahawa vivo V19 akan memasuki pasaran Malaysia dengan slogan Ignite Your Night.

Berdasarkan teaser grafik yang dikeluarkan, vivo V19 akan hadir dengan reka bentuk yang ergonomik dengan lengkungan 3D yanh berasaskan gelas premium.

Selain itu, vivo V19 juga telah disahkan akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

vivo V19 dijangka akan hadir dengan tetapan quad-kamera seperti pada vivo V17 namun dengan kebolehan fotografi malam yang lebih baik.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat bila vivo V19 akan dilancarkan di Malaysia namun ianya mungkin akan diadakan selepas tamat perintah kawalan pergerakan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.